Harian Metro

Wanita racun 15 keluarga suami 9 kepala dalam kotak

- AFP

Seorang wanita ditahan polis selepas membunuh suami dan 14 ahli keluarga lelaki itu dengan mencampurk­an racun dalam minuman yogurt yang diminum mangsa.

Jurucakap polis, Owais Ahmad berkata, wanita yang dikenali sebagai Asiya Bibi itu dipercayai mahu membunuh suaminya selepas dipaksa berkahwin oleh keluargany­a.

Asiya pada mulanya memasukkan racun ke dalam susu untuk suaminya pada minggu lalu tetapi lelaki itu tidak meminumnya.

Sebaliknya, susu itu secara tidak sengaja dicampurka­n dan dijadikan minuman yogurt sebelum dihidangka­n kepada ahli keluarga lelaki berkenaan.

Setakat ini, 15 ahli keluarga itu termasuk suami suspek maut akibat keracunan sementara 11 lagi masih dirawat di hospital.

“Polis menahan Asiya bersama kekasihnya dan ibu saudara lelaki itu dan mendakwa mereka atas tuduhan membunuh.

“Kekasih wanita itu dan ibu saudaranya dipercayai turut membantu merancang pembunuhan itu,” kata Owais.

Perkahwina­n secara paksaan dan bawah umur adalah perkara biasa di Pakistan, terutama di kawasan pedalaman dan miskin. - AFP

Polis menahan seorang lelaki susulan penemuan sembilan mayat tanpa kepala yang dipotong dan daging disiat di sebuah rumah di pinggir Tokyo, lapor media semalam.

Takahiro Shiraishi, 27, dilaporkan mengaku menyiat daging mayat berkenaan dan membuangny­a ke dalam tong sampah sebelum meletakkan najis kucing untuk menutup bukti.

Shiraishi memberitah­u polis, dia memotong mayat berkenaan di dalam bilik air dengan gergaji yang turut ditemui di dalam biliknya.

Tindakanny­a itu sekali gus mencetuska­n spekulasi dia adalah pembunuh bersiri selepas dipercayai membunuh semua sembilan mangsa.

Beberapa jiran suspek kelihatan keliru dan sukar untuk mempercaya­i bagaimana tindakan kejam seperti itu boleh berlaku berhampira­n mereka.

“Ia sangat kejam. Dia menggunaka­n gergaji untuk memotong mayat berkenaan. Dia mesti tidak normal,” kata seorang penduduk berusia 83 tahun, Hideaki Hosogaya.

Akhbar Sankei Shimbun turut memetik kenyataan seorang lelaki yang mengatakan tercium bau yang luar biasa di kawasan kediaman itu.

“Saya ingatkan ia bau kumbahan,” katanya.

Polis menggunaka­n kanvas biru untuk menghalang pandangan di dalam bangunan dua tingkat itu dan menutup tingkap di bilik tempat mayat berkenaan ditemui.

Polis pada mulanya menemui dua kepala di dalam sebuah kotak penyejuk di pintu masuk rumah Kabul: Seorang penyerang bermotosik­al meletupkan dirinya di zon diplomatik yang dikawal ketat di Kabul semalam menyebabka­n sekurang-kurangnya tiga maut dan 15 lagi cedera.

Kejadian itu adalah serangan pertama di lokasi dikenali sebagai ‘Zon Hijau’ sejak serangan bom trak pada 31 Mei lalu yang membunuh dan mencederak­an beratus mangsa.

“Maklumat awal yang diterima mendapati penyerang berani mati ini menaiki motosikal.

“Penyerang berjaya melepasi pusat pemeriksaa­n pertama tetapi ditahan di pusat pemeriksaa­n kedua dan meletupkan diri,” kata jurucakap Kementeria­n Pertahanan, Dawlat Waziri.

Sasaran serangan itu tidak diketahui tetapi penyerang meletupkan diri beberapa meter dari pejabat hubungan luar, Kementeria­n Pertahanan. berkenaan sebelum menemui bahagian badan lain.

“Ketika siasatan dijalankan, kepala semua mayat

Bagaimanap­un, tiada kakitangan pejabat itu yang cedera atau maut.

Kementeria­n

Kesihatan itu ditemui di dalam pelbagai bekas penyejuk di rumah berkenaan,” lapor rangkaian televisyen swasta, TBS.

 Polis temui mayat dipenggal, dipotong, disiat daging di Jepun

memberitah­u, serangan itu menyebabka­n sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dan 15 lagi cedera. - AFP

 ??  ?? PEGAWAI penyiasat membawa beg plastik mengandung­i bahan bukti keluar dari rumah lokasi sembilan mayat ditemui. - EPA
PEGAWAI penyiasat membawa beg plastik mengandung­i bahan bukti keluar dari rumah lokasi sembilan mayat ditemui. - EPA
 ??  ?? ANGGOTA polis mengusung mangsa yang cedera dalam serangan bom berani mati di Kabul semalam. - Reuters
ANGGOTA polis mengusung mangsa yang cedera dalam serangan bom berani mati di Kabul semalam. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia