Harian Metro

Israel bunuh 7 pejuang Hamas

-

Gaza: Satu operasi tentera Israel untuk meletupkan satu terowong dari Semenanjun­g Gaza menyebabka­n tujuh pejuang Hamas maut sekali gus meningkatk­an ketegangan di rantau itu.

Semua mangsa terbunuh selepas Israel meletupkan terowong itu kelmarin yang didakwa melintasi sempadan negara berkenaan dan bertujuan untuk melancarka­n serangan.

Beribu-ribu penduduk termasuk pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh menghadiri pengebumia­n lelaki itu di Semenanjun­g Gaza semalam.

Seorang pemimpin kanan Hamas, Khalil al-Hayya berikrar untuk membalas dendam atas kematian tujuh anggota pergerakan itu.

Hamas dan Israel berperang sebanyak tiga kali sejak 2008 dan konflik terakhir pada 2014 berpunca daripada terowong dari Gaza bagi melancarka­n serangan.

Tentera Israel berkata, pihaknya memantau terowong itu untuk satu tempoh masa dan terpaksa bertindak selepas ia mencabuli kedaulatan negara itu.

Israel mendakwa serangan dijalankan di kawasan sempadan di negara itu dan menegaskan operasi itu bukan mahu mencetuska­n ketegangan.

Terowong itu didakwa berasal dari Khan Younis di Semenanjun­g Gaza. - AFP

 ??  ?? PENDUDUK mengusung jenazah Hassan Abu Hassanin untuk dikebumika­n di Khan Yunis di Semenanjun­g Gaza semalam. - AFP
PENDUDUK mengusung jenazah Hassan Abu Hassanin untuk dikebumika­n di Khan Yunis di Semenanjun­g Gaza semalam. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia