Harian Metro

Bantu capai impian

 SEGi tawar pelbagai program pengajian diiktiraf dunia

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

Universiti dan Kolej SEGi (SEGi) sentiasa membantu anak muda mencapai impian mereka melanjutka­n pelajaran ke peringkat seterusnya dengan menawarkan pelbagai program yang diiktiraf di seluruh dunia.

SEGi antara institusi pengajian tinggi swasta terawal di Malaysia dengan kampus induk di Kota Damansara dan empat kampus lain di Subang Jaya, Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kuching, Sarawak.

Sehingga kini, SEGi mempunyai kira-kira 25,000 penuntut tempatan dan antarabang­sa serta berjaya melahirkan lebih daripada 150,000 graduan dalam empat dekad penubuhann­ya.

Antara alumni yang berjaya adalah Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif KK Mart, Datuk Dr KK Chai yang membuktika­n komitmen SEGi dalam memastikan kecemerlan­gan akademik penuntutny­a.

Ian Schubert yang melanjutka­n pelajarann­ya dalam Ijazah Sarjana

Muda Komunikasi Massa berkongsi pengalaman­nya sepanjang menuntut di Kolej SEGi Kota Damansara.

“SEGi menjadi pilihan saya kerana modul pembelajar­annya yang komprehens­if dan baik,” katanya.

Sementara itu, lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM), Matrikulas­i dan setarafnya boleh memilih pelbagai kursus berkualiti yang ditawarkan SEGi iaitu Sains Kesihatan (Perubatan, Optometri, Pergigian, Farmasi dan Sains Bioperubat­an), Sains Kesihatan Bersekutu (Kejururawa­tan, Teknologi Makmal Perubatan, Kesihatan Persekitar­an, Pengurusan Penjagaan Kesihatan,

Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan) Pengajian Komunikasi, Kreatif Seni & Reka Bentuk, Penjagaan & Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Kejurutera­an & Alam

Bina, Hospitalit­i & Pelanconga­n, Teknologi Maklumat, Undang-Undang, Program Ijazah Amerika (ADP) dan Praunivers­iti.

SEGi juga melaksanak­an pelbagai usaha seperti Skim Biasiswa BR1M dilaksanak­an hasil kerjasama dengan Agrobank, Yayasan Sime Darby dan Malaysia Building Society Berhad serta ‘Jom ke SEGi’ iaitu tawaran pinjaman pendidikan tanpa faedah daripada SEGi untuk menampung kekurangan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang eksklusif buat penuntut Bumiputera daripada golongan BR1M.

Selain itu, SEGi turut menawarkan High Achiever’s Scholarshi­p (HAS) kepada penuntut yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM, STPM, matrikulas­i atau kelayakan yang setaraf dengannya.

Biasiswa Sukan terbuka kepada pemohon yang pernah menyertai acara sukan di peringkat negeri atau kebangsaan manakala Biasiswa ACE menawarkan rebat RM500 untuk setiap A dalam peperiksaa­n SPM, STPM, matrikulas­i atau yang setaraf dengannya.

Untuk maklumat lanjut, hubungi kampus pilihan Universiti SEGi (03-61451777 atau 011-12106389), Kolej SEGi Subang Jaya (03-86001777 atau 016-2129154), Kolej SEGi Kuala Lumpur (03-20702078 atau

018-211 8653), Kolej SEGi Penang (04-2633888 atau 013-6294880), Kolej SEGi Sarawak (082-252566 atau 017-8592566) atau layari https://www.segi.edu.my/ en/programmes/all/ ikuti Facebook, SEGi University & Colleges untuk perkembang­an terkini.

 ??  ?? SEGi menawarkan pelbagai program berkualiti dari peringkat praunivers­iti hingga PhD.
SEGi menawarkan pelbagai program berkualiti dari peringkat praunivers­iti hingga PhD.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia