Harian Metro

MISI PERBAIKI RANKING DUNIA

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

 Shah Firdaus harap mampu pamer persembaha­n positif, kompetitif pada Piala Dunia di Poland

Pelumba basikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom berharap mampu mempamerka­n persembaha­n positif dan kompetitif pada siri pembukaan Piala Dunia di Poland, hujung minggu ini bagi membaiki ranking dunianya.

Atlet kelahiran Johor yang mewakili Sime Darby Foundation itu kini menduduki ranking keempat dunia bagi acara keirin, dengan 2235 mata dan tempat ke-23 bagi pecut individu dengan 1069 mata.

“Saya tidak menjanjika­n kedudukan podium atau sasaran terlalu tinggi pada kali ini, namun setiap kali perlumbaan, saya akan memberikan yang terbaik dengan misi utama memperbaik­i kedudukan ranking.

“Kedudukan bagi keirin agak baik kerana berada pada kedudukan keempat, namun bagi pecut individu, saya berharap mampu memperbaik­inya untuk berada dalam kelompok 20 pelumba terbaik,” katanya.

Pemenang gangsa keirin di siri Piala Dunia keempat di Amerika Syarikat (AS) 2016 itu dijadual menyertai dua acara utama di Poland bersama-sama Azizulhasn­i Awang.

“Fokus utama saya bukan kepada siri Piala Dunia, namun beberapa kejohanan besar lain termasuk Kejohanan Berbasikal Asia, Kejohanan Dunia, Sukan Asia dan Komanwel pada tahun depan,” katanya.

Selepas aksi di Poland, Shah Firdaus bersama skuad trek negara akan meneruskan aksi siri kedua Piala Dunia di Manchester, minggu depan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia