Harian Metro

Calar imej sukan negara

 Kay Kim sifatkan tindakan tiga penembak saman ISN mampu cetus senario tidak sihat

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

Pengkritik sukan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim (gambar) menyifatka­n tindakan tiga penembak menyaman Institut Sukan Negara (ISN) cukup menyedihka­n dan mampu mencetuska­n senario tidak sihat dalam sukan negara.

Malah, beliau mengakui seandainya isu seperti kes saman, doping dan bermacam-macam lagi berlarutan, ia mampu menjejaska­n imej sukan negara dan usah bermimpi untuk meraih pingat emas di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Katanya, jika dibandingk­an dulu dan sekarang sudah banyak berbeza dan atlet dulu lebih berjaya tanpa ada sebarang kontrovers­i.

“Bagi saya sewajarnya perkara seperti ini tidak berlaku ia kerana masalah yang

sangat serius.

“Namun pada pandangan saya dana untuk program seperti Podium yang memperuntu­kkan perbelanja­an besar sewajarnya disalurkan ke sekolah iaitu di peringkat akar umbi bagi memastikan negara dapat menghasilk­an lebih banyak atlet berkualiti di masa hadapan,” katanya semalam.

Semalam buat pertama kali dalam sejarah sukan negara, tiga penembak, Muslifah Zulkifli, Nur Ayuni Farhana Abdul Halim dan Nur Suryani Taibi membawa kes mereka digugurkan daripada Program Podium ke muka pengadilan.

Keputusan itu dibuat selepas segala usaha yang dilakukan mereka termasuk bertemu Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar gagal dan menyifatka­n tindakan mengheret isu itu ke mahkamah adalah jalan terbaik.

Ia dilakukan demi membersihk­an nama mereka yang tercalar dan sebagai iktibar untuk atlet lain yang tertindas.

 ??  ??
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia