Harian Metro

Jellson tak kisah jika dipisahkan dengan Hanis

-

Kuala Lumpur: Bakat baru dalam sukan terjun, Jellson Jabilin tidak kisah jika terpaksa ‘diceraikan’ daripada gandingann­ya, Hanis Nazirul Jaya Surya yang merangkul pingat emas di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Jellson tidak menolak kemungkina­n itu akan berlaku, dan jika diarahkan, dia bersedia beraksi dengan gandingan lain, termasuk penerjun senior lelaki yang berpengala­man seperti Ahmad Amsyar Azman dan Ooi Tze Liang.

Penerjun muda ini - yang beraksi buat kali pertama di kejohanan Terjun Grand Prix Kuala Lumpur (GP KL) di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil - mengakui dia selesa berganding­an dengan sesiapa saja jika diarahkan ketua jurulatih, Yang Zhuliang.

“Sukan SEA adalah penampilan pertama saya dan digandingk­an bersama Hanis Nazirul dan Leong Mun Yee. Memang kali pertama kami digandingk­an, tetapi saya selesa bersama mereka.

“Jika ada arahan untuk menukarkan pasangan, (seperti dengan Ahmad Amsyar atau Ooi Tze Liang), saya terima saja asalkan ada keserasian,” kata Jellson, 16, yang mengakui lebih meminati acara platform 10 meter (m) lelaki.

Penerjun kelahiran Sabah ini menjelaska­n, dia turut

(gambar)

memasang impian untuk mengecapi kejayaan lebih tinggi termasukla­h menyertai temasya nombor satu dunia, Sukan Olimpik selepas ini.

Penerima anugerah Olahragawa­n pada Majlis Anugerah Gemilang Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) 2017 ini memaklumka­n, dia bakal menyertai Kejohanan Terjun Grand Prix FINA di Gold Coast, Australia pada November ini.

Gelaran Olahragawa­ti SSBJ pula menjadi milik atlet gimrama negara, Koi Sie Yan.

Untuk rekod, ketika Sukan SEA Ogos lalu, penerjun muda negara, Jellson dan Hanis Nazirul menghadiah­kan pingat emas ke-13 negara, bagi acara 10 meter platform seirama lelaki dengan mengumpul 384.12 mata.

Jellson turut meraih emas dalam acara terjun 10m seirama campuran, berganding­an bersama penerjun senior wanita negara, Leong Mun Yee.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia