Harian Metro

Durian runtuh

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my Helmi Talkah helmi.talkah@bh.com.my

 Atlet Sukan SEA, Para ASEAN raih habuan RM5,544,750

Atlet negara yang cemerlang meraih 145 emas, 92 perak dan 86 gangsa pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) 90 emas, 85 perak dan 84 gangsa di Sukan Para ASEAN menerima durian runtuh apabila masing-masing mendapat habuan mencecah RM5,544,750 pada Majlis Penyampaia­n Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) yang diadakan di Arena Axiata, Bukit Jalil.

Bukan hanya pemenang pingat emas malah atlet yang meraih perak dan gangsa turut turut dirai dengan pemberian insentif khas.

Atlet para wanita negara Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais menjadi penerima insentif terbanyak RM 53,000 selepas meraih emas dalam acara 1km ujian masa, pecut, individu, 3000 kejar-mengejar dan lebuh raya dan satu perak dalam acara ujian masa.

Ia diikuti dengan Mohd Najib Turano yang menjadi penerima kedua terbanyak iaitu RM50,000 selepas meraih empat dalam acara berbasikal para.

Sementara atlet renang, Welson Sim dan ratu gimrama, Koi Sei Yan di pilih atlet lelaki dan wanita terbaik KL2017.

Welson memenangi dua pingat emas satu perak dan satu gangsa serta mencipta dua rekod baru kejohanan dalam acara 200 dan 400 meter gaya bebas menerima RM33,000.

Manakala Sei Yan pula cemerlang meraih empat pingat emas iaitu dua dalam acara aparatus gelung dan belantan selain emas berpasukan dan emas individu keseluruha­n untuk menerima insentif tertinggi berjumlah RM49,500.

Pada majlis itu juga turut menobatkan S Thavanesva­ran selaku atlet lelaki terbaik para selepas menghadiah­kan tiga pingat emas dan satu perak di Sukan Para ASEAN dan Nur Azlia para wanita terbaik.

Atlet dari Segamat, Johor itu yang beraksi dalam acara 100 meter, 200 meter dan 400 meter kategori T44 menerima RM40,750

Insentif kendalian Majlis Sukan Negara (MSN) itu menawarkan ganjaran RM20,000 kepada emas pertama setiap atlet bagi acara individu dan RM10,000 untuk emas seterusnya.

Ganjaran RM20,000 juga diberikan bagi saingan berpasukan kurang dari lima atlet dan RM5,000 seorang bagi melebihi lima atlet.

Malah, tambahan RM 1,000 turut diberikan kepada mereka yang memecahkan rekod kejohanan dengan atlet negara melakarkan 18 rekod Sukan SEA menerusi memanah (lima), olahraga (empat), menembak (enam) dan renang (tiga).

Insentif kemenangan disampaika­n oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diiringi Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Kuala Lumpur: Pemain badminton beregu campuran negara, Goh Soon Huat menyifatka­n aksi di Terbuka Denmark dua minggu lalu sebagai detik paling manis serta pengalaman berharga buat dirinya dan pasangan, Shevon Lai Jemie.

Soon Huat-Shevon mencipta sejarah tersendiri apabila mara ke separuh akhir kejohanan bertaraf Siri Super Premier itu buat kali pertama, sejak mereka digandingk­an tahun lalu.

Mereka terlepas peluang untuk mara ke final selepas tewas kepada pilihan utama dari China, Zheng Siwei-Chen Qingchen, 16-21, 16-21.

Walaupun gagal meneruskan

rentak cemerlang itu di Terbuka Perancis - tersingkir di pusingan pertama minggu lalu, namun bagi Soon Huat, mereka dapat belajar sesuatu daripada dua kejohanan itu.

Keputusan itu juga membantu mereka untuk merealisas­ikan misi menghuni kelompok 10 terbaik dunia menjelang hujung tahun ini.

“Di Terbuka Denmark, kami bermain sangat baik dan hampir mara ke final. Biarpun tewas tetapi kini kami tahu di mana tahap kami yang sebenarnya, dan kami akan perbaiki setiap kelemahan.

“Ia adalah pengalaman berharga. Di Terbuka Perancis, kami banyak melakukan kesilapan di dalam gelanggang dan membolehka­n lawan kami mengutip mata.

“Apa pun, dua kejohanan ini banyak mengajar kami

dalam usaha meningkatk­an prestasi,” kata Soon Huat yang juga bekas pemain perseorang­an lelaki negara.

Soon Huat mengambil keputusan beralih kepada acara beregu campuran atas saranan bekas Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost Hansen selepas gagal mencetuska­n impak dalam acara perseorang­an.

Soon Huat-Shevon yang menghuni ranking ke-14 dunia kini memegang status sebagai beregu campuran nombor dua negara, di belakang Tan Kian Meng-Lai Pei Jing (11 dunia).

Tugasan seterusnya buat Soon Huat-Shevon adalah pada Terbuka China yang bermula 14 hingga 19 November ini, sebelum Terbuka Hong Kong (21 hingga 26 November).

 ??  ?? NAJIB (tengah) menyampaik­an hadiah kepada atlet sukan Goalball disaksikan Khairy pada Majlis Penyampaia­n SHAKAM Kontinjen Negara pada Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2017, semalam.
NAJIB (tengah) menyampaik­an hadiah kepada atlet sukan Goalball disaksikan Khairy pada Majlis Penyampaia­n SHAKAM Kontinjen Negara pada Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2017, semalam.
 ??  ?? SOON Huat (kiri) bersama Shevon ketika beraksi di Terbuka Denmark.
SOON Huat (kiri) bersama Shevon ketika beraksi di Terbuka Denmark.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia