Harian Metro

PERANG DUA OTAI

- AFP

 Pertembung­an Real, Spurs ujian reputasi bagi Zidane, Pochettino

London

Ketika Tottenham dan Real Madrid bertembung pada saingan Liga Juara-Juara awal pagi esok perlawanan itu juga akan menyaksika­n perjalanan hidup berbeza yang melatari karier dua pengurus, Mauricio Pochettino dan Zinedine Zidane apabila kedua-duanya ditemukan di tepi padang.

Pochettino yang membimbing Tottenham sementara Zidane bersama Madrid, kedua-duanya dilabel sebagai pengurus yang mampu membawa pasukan muncul juara, tetapi kedua-duanya juga mempunyai sejarah tersendiri dalam karier mereka.

Pochettino, 45, mempunyai rekod yang cemerlang daripada transforma­si seorang pemain pertahanan Argentina kepada jurulatih sementara Zidane yang seusia rakan setugasnya itu, adalah barisan pemain Perancis yang memenangi Piala

Dunia diikuti kecemerlan­gan selaku pengurus.

Dengan

Tottenham dan Real berkongsi mata di kelompok atas Kumpulan H, AFP membezakan pengalaman antara Pochettino and Zidane. “Ketika zaman remaja, saya hanya memikirkan mengenai bola sepak saja. Ia adalah segala-galanya bagi saya,” kata Pochettino.

Pochettino membuat penampilan awal bersama Newell’s Old Boys pada 1988 dan memenangi Liga Premier Argentina pada 1991. Beliau kemudian meraih reputasi hebat yang menyaksika­nnya berhijrah ke Espanyol pada 1994, tetapi berdepan kesukaran apabila hanya memenangi Copa del Rey pada 2000.

Zidane meraih banyak kejayaan antarabang­sa, manakala Pochettino hanya melakukan 20 penampilan dan detik paling diingati adalah menjadi punca kepada sepakan penalti yang menyebabka­n England mencatat kemenangan 1-0 ke atas Argentina pada Piala Dunia 2002.

Ketika Pochettino hidup di kawasan luar bandar, Zidane dibesarkan di bandar utama Marseille. Selepas bersama Cannes dan Bordeaux, pemain tengah itu menjadi bintang ternama ketika bersama Juventus di bawah bimbingan Marcello Lippi.

“Lippi seperti suis lampu bagi saya. Sebelum itu bola sepak adalah untuk hiburan saya sendiri.

Selepas tiba di Turin, keinginan untuk menang sentiasa menjadi ke- utamaan,” katanya.

Sewaktu kabinet trofi Pochettino terus berdebu, Zidane merangkul dua gelaran Serie A bersama Juventus sebelum membantu skuad ‘galacticos’ Real menjulang La Liga dan Liga Juara-Juara.

Mereka berjaya mempertaha­nkan Liga Juara-Juara hasil jaringan Zidane ke atas

Bayer Leverkusen pada final 2002, selain membantu Perancis menjulang

Piala Dunia

1998 dan

Euro 2000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia