Harian Metro

Peluang Klopp tutup mulut pengkritik

-

London: Selepas berdepan kritikan daripada penyokong yang semakin memuncak, pengurus Liverpool Jurgen Klopp perlu memastikan dia dapat mengatasi cabaran lebih besar pada saingan Liga Juara-Juara, sekali gus menepis keraguan peminat kelab itu.

Dengan Liverpool kini ketinggala­n 12 mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City walaupun melakar kemenangan 3-0 ke atas Huddersfie­ld, Sabtu lalu, Klopp wajar menarik nafas lega apabila lawan yang akan ditemui selepas ini adalah wakil Slovenia, Maribor di Anfield awal pagi esok.

Selepas gagal menjulang sebarang trofi sejak dua tahun membimbing kelab itu termasuk tersingkir pada saingan Piala Liga, Klopp perlu berdepan persoalan adakah Liverpool yang kini sedang bergelut mampu kembali ke landasan selepas permulaan yang baik pada awal musim.

Kepercayaa­n kepada Klopp semakin luntur selepas kekalahan 1-4 kepada Totterbany­ak tenham dengan pengkritik serta penyokong menganggap Liverpool jauh lebih baik ketika di bawah bimbingan Brendan Rodgers. Situasi semasa pastinya mencetuska­n resah kepada Klopp apabila kemenangan ke atas Huddersfie­ld disambut hambar oleh penonton di Anfield.

Mengambil kira sejarah hebat Liverpool termasuk memenangi 18 kejuaraan liga dan Piala Eropah, Klopp menyuaraka­n kebimbanga­n mengenai penyokong yang mengharapk­an sasaran tidak realistik berbanding zaman kegemilang­an dulu.

“Masalah di kelab ini ialah apabila kami gagal mencapai sesuatu, penyokong akan membanding­kannya dengan kejayaan lalu. Mereka melunturka­n keyakinan pemain apabila mengeluark­an kata-kata seperti ‘anda tidak cukup bagus’. Inilah masalahnya,” katanya.

Di sebalik kesukaran dialami ketika ini, Klopp mungkin berdepan kempen lebih baik di Liga Juara-Juara - saingan yang sentiasa menyentuh emosi peminat Reds. Liverpool kini berada di kedudukan terbaik untuk layak ke pusingan kedua selepas mengumpul lima mata daripada tiga perlawanan pertama. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia