Harian Metro

Vingada, Safiq turut didenda

-

(RM4,230) kerana didapati bersalah melakukan terjahan berbahaya ke atas pemain lawan, ketika aksi timbal balik berdepan Hong Kong pada 10 Oktober lalu.

“Safiq Rahim digantung satu perlawanan, termasuk satu penggantun­gan automatik selepas diperintah keluar padang (menerima kad merah) ketika perlawanan Hong Kong dan Malaysia.

“Penggantun­gan satu perlawanan akan dikenakan pada aksi seterusnya (kelayakan Piala Asia 2019) antara Korea Utara dan Malaysia pada 10 November nanti,” kata AFC.

Sementara itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) turut berdepan dua hukuman denda susulan kelakuan pemain serta penyokong ketika aksi berdepan Hong Kong, di Stadium Hang Jebat.

Kesalahan pertama kerana tindakan beberapa pemain yang mengelilin­gi dan mengganggu pengadil pada masa kecederaan perlawanan itu.

Akibat kesalahan ini, FAM diperintah­kan membayar denda sebanyak AS$6,000 (RM25,374) kerana melanggar Artikel 53.2 Kod Etika dan Tatatertib AFC.

Bagi kesalahan penyokong yang membaling 10 hingga 15 objek (botol dan bekas minuman) ke arah pegawai pengadil selepas perlawanan, badan induk itu didenda sebanyak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia