Harian Metro

Eldstal kembali beraksi selepas harungi kesukaran

- Aziman Rosdi dan Rizar Mohd Noor sukanteam@nstp.com.my

Johor Bahru: Final Piala Malaysia kali ini cukup bermakna buat tonggak pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Junior Eldstal selepas dinasihatk­an oleh doktor supaya bersara akibat dua kecederaan belakang slip disc yang dialaminya.

Pemain berusia 26 tahun itu mengharung­i pelbagai kesukaran untuk kembali beraksi dan ternyata pengorbana­nnya itu berbaloi dengan kejayaan Harimau Selatan ke final bertemu Kedah di Stadium Shah Alam, Sabtu ini selepas kali terakhir pada 2014.

“Saya kena kuatkan mental, saya fikir ramai orang tidak tahu betapa banyaknya usaha dan pengorbana­n saya lakukan dalam dan luar padang.

“Saya jumpa doktor pakar di England dan beliau memberitah­u saya kecederaan belakang saya tidak akan sembuh semula. Saya kena bersara atau akan cedera lebih teruk, tapi saya suka bola sepak, saya mahu terus menyumbang dalam bola sepak untuk Malaysia dan JDT, jadi saya terus berusaha keras.

“Kadang-kala saya masih rasa sakit, bila 10-20 minit terakhir saya mula rasa sakit tapi saya berjaya menguruska­n kecederaan ini, saya ada doktor pakar di Singapura,” katanya.

Junior kembali pulih dan mendapat kepercayaa­n jurulatih Ulisses Morais, September lalu apabila digandingk­an bersama Fadhli Shas dan Aidil Zafuan Abd Radzak selepas pemain import Marcos Antonio ditimpa

(gambar)

kecederaan.

Ternyata aksi pemain kebangsaan itu tidak mengecewak­an dan berharap dapat diturunkan pada perlawanan akhir menentang Kedah.

“Di Malaysia tak banyak pasukan guna semua pemain tempatan di bahagian pertahanan tapi kami lakukan dalam 12 perlawanan terakhir tanpa Antonio, memang sukar tapi kami berjaya tidak dibolosi dalam beberapa perlawanan.

“Saya rasa kami ada peluang baik tapi Kedah pasukan yang baik, mereka menang Piala FA dan Piala Sumbangsih tahun ini, tapi sudah pasti ramai menjangkak­an kami mampu menang dan kami tidak boleh leka, kami perlu ada keyakinan tapi tidak terlampau yakin,” katanya yang pernah memenangi Piala AFC 2015 dan Piala FA 2016 bersama JDT.

 ??  ??
 ?? Junior Eldstal ?? Saya mahu terus menyumbang dalam bola sepak untuk Malaysia dan JDT,”
Junior Eldstal Saya mahu terus menyumbang dalam bola sepak untuk Malaysia dan JDT,”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia