Harian Metro

‘Kami tuntut pengadil yang adil’

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my Aziman Rosdi dan Rizar Mohd Noor sukan@hmetro.com.my

 21 kelab penyokong Kedah gesa FAM, FMLLP pilih barisan pengadil berwibawa di final Piala Malaysia

“Kami tuntut FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) dan FMLLP (Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia) turunkan pengadil yang adil dan tak tunduk pada mana-mana pihak.”

Demikian gesaan 21 kelab penyokong bola sepak Kedah yang bernaung di bawah, Persatuan Penyokong Lang Merah (LMFA) apabila mendesak FAM dan FMLLP supaya memilih barisan pengadil yang tepat dalam aksi final Piala Malaysia antara Kedah dan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Pengerusi LMFA, Wan Syazwan Wan Fadzelah berkata, kontrovers­i keputusan Johor Bahru: Presiden Kelab Penyokong Bolasepak Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Azman Abd Jalil menasihatk­an kepada penyokong agar berhati-hati dalam urusan mendapatka­n tiket final Piala Malaysia 2017 yang diuruskan pihak tertentu.

Ini kerana terdapat kes penyokong terpedaya dengan pakej tertentu untuk menyaksika­n perlawanan akhir sebelum ini. pengadil membabitka­n Johor DT seolah tidak dapat dipisahkan daripada kelab itu apabila yang sering memihak kepada mereka.

Terbaru, keputusan aksi separuh akhir kedua antara skuad Harimau Selatan dan Perak di Stadium Tan Sri Hassan Yunos turut tercemar dengan keputusan berat sebelah pengadil yang tidak mengiktira­f gol penyamaan Zaquan Adha Abd Radzak yang didakwa berada pada kedudukan ofsaid.

“Seperti aksi separuh akhir membabitka­n Johor DT dan Perak, gol Zaquan dikatakan offside sedangkan apabila melihat di kaca televisyen jelas sekali Zaquan tidak salah dan tidak ofsaid.

“Malah, bekas pengadil FIFA (Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa) dan Pengerusi Jawatankua­sa Pengadil FAM, Subkhiddin Mohd Salleh sendiri mengesahka­n gol itu sah dan sepatutnya dikira.

“Kalau ikutkan 90 peratus kebimbanga­n itu memang ada di jiwa seluruh penyokong Kedah yang khuatir keputusan pengadil akan memihak pihak lawan yang diketahui turut mempunyai kepentinga­n di FAM dan kelab itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Pada aksi separuh akhir kedua di Larkin yang menimbulka­n kontrovers­i itu, menyaksika­n hantaran lintang yang dibuat Gilmar dilihat ditampan masuk oleh pertahanan Johor DT, S Kunanlan ke gawang sendiri untuk gol penyamaan pasukan Perak.

Namun, jaringan itu dibatalkan pengadil perlawanan, Mohd Zohri Tajuddin selepas pembantu pengadil kedua, Nojey Naking menyatakan Zaquan berada dalam kedudukan ofsaid menyentuh hantaran itu untuk menyumbat gol buat Perak.

Jika jaringan terbabit diberikan kepada Perak, kedudukan berubah menjadi 1-1 dan pastinya permainan menjadi bertambah rancak selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 secara agregat, dan masing-masing memiliki kelebihan satu gol di tempat lawan.

“Ini aksi final dan ia akan memberi tekanan yang kuat kepada pemain dan penyokong kedua-dua pasukan. Sekiranya mutu pengadilan tidak memuaskan, sudah pasti akan mengundang suasana tidak baik dalam pertemuan itu.

“Untuk kebaikan, mungkin FAM boleh ambil pengadil luar negara sama ada dari Asia Timur atau Eropah. Kita mahu satu mutu pengadilan yang adil dan rasional bagi memuaskan hati hampir 80,000 penyokong di stadium serta jutaan rakyat Malaysia yang menyaksika­nnya di televisyen,” katanya.

 ??  ?? ZAQUAN membolosi pertahanan Johor DT pada pertemuan separuh akhir kedua Piala Malaysia 2017 lalu.
ZAQUAN membolosi pertahanan Johor DT pada pertemuan separuh akhir kedua Piala Malaysia 2017 lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia