Harian Metro

Awas penipuan pakej tiket final dan pengangkut­an bas

-

“Sudah menjadi kebiasaan apabila perlawanan akhir ada kelab penyokong atau pihak tertentu menawarkan pakej tiket final dan juga pengangkut­an bas tapi saya nasihatkan penyokong agar berhati-hati.

“Sebelum ini saya dimaklumka­n ada penyokong gagal mendapat tiket, tak tahu sama ada mereka ini ditipu atau pihak penganjur memang gagal mendapatka­n tiket. Jadi saya nasihatkan penyokong agar mengikut kelab penyokong yang sah.

“Untuk mendapatka­n tiket, kelab penyokong berdaftar perlu mengikut prosedur tempahan dengan pihak pengurusan Johor DT dan bas juga perlukan permit dan insurans,” kata Azman semalam.

Bagi aksi final Johor DT menentang Kedah di Stadium Shah Alam Sabtu ini, penyokong Harimau Selatan di peruntukan 30,000 tiket dewasa dan 750 tiket kanak-kanak yang akan dijual di kaunter tiket Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin esok jam 9 pagi.

Menurut Azman, pihaknya menerima tempahan hampir 1600 penyokong membabitka­n 35 buah bas bagi menyaksika­n final itu.

“Kami sudah menutup tempahan kerana bimbang tak dapat tiket jika ambil tempahan banyak daripada penyokong. Memang semangat penyokong kali ini lain macam. Memang kalau boleh nak Johor DT julang piala selepas gagal sebelum ini (final 2014),” katanya.

 ??  ?? PENYOKONG Johor DT dinasihatk­an tidak terpedaya dengan pakej final Piala Malaysia 2017.
PENYOKONG Johor DT dinasihatk­an tidak terpedaya dengan pakej final Piala Malaysia 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia