Harian Metro

Bakar semangat

- Syafiq Aznan dan Izzali Ismail sukanteam@nstp.com.my

 Lagu hip hop hidupkan ‘mood’ Mat Don sebelum masuk ke padang

Lagu hip hop menjadi pilihan pemain tengah import Kedah, Liridon Krasniqi untuk dimainkan dalam bilik persalinan sebelum turun beraksi di pentas akhir Piala Malaysia bertemu Johor Darul Ta’zim (Johor DT), Sabtu ini.

Jelas bekas pemain tengah Slavia Prague itu, sudah menjadi rutinnya untuk membawa radio dan memasang pelbagai jenis muzik dalam usaha menghidupk­an ‘mood’ di dalam bilik persalinan,

(gambar)

sebelum mengharung­i setiap perlawanan pada musim ini.

Pemain yang mesra dipanggil ‘Mat Don’ ini berkata, pelbagai jenis lagu termasuk lagu Perancis, Sepanyol, reggae dan R&B sudah menjadi halwa telinga dalam bilik persalinan dan ternyata rutin terbabit cukup digemari pemain skuad Helang Merah itu.

“Sebelum saya ke sini, tiada yang melakukan perkara sebegini. Jadi, semua pemain menggemari­nya apabila saya memasang lagu kerana mereka boleh menari sambil ‘bergoyang’ untuk meredakan sedikit tekanan.

“Saya hanya mahu pemain menikmati sedikit kegembiraa­n dan ‘mood’. Mereka perlu berada dalam keadaan terbaik untuk beraksi. Mood yang baik banyak membantu kami memperagak­an aksi memberangs­angkan.

“Saya menggemari muzik hip hop, jadi saya akan memasang muzik itu dalam bilik persalinan sebelum beraksi dalam aksi final Piala Malaysia, Sabtu ini,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium Darul Aman, semalam.

Mengulas lanjut pertembung­an dengan skuad Harimau Selatan, pemain tengah berusia 25 tahun ini mengakui ia begitu istimewa kerana itu adalah penampilan final kali ketiga berturut-turut bagi dirinya.

“Ini adalah satu perlawanan yang begitu dinantikan penyokong kedua-dua pasukan sejak sekian lama dan saya tidak menafikan Johor DT adalah pasukan terbaik di negara ini.

“Untuk itu, kami perlu sentiasa berhati-hati, namun kita juga memiliki kelebihan yang tersendiri.

“Kami sememangny­a dahagakan kejayaan dan dengan peluang yang sama rata, pasukan yang beraksi lebih baik pada malam itu akan muncul selaku juara,” katanya.

 ??  ?? PEMAIN KEDAH, Sandro Da Silva (tengah) ketika menjalani latihan di Stadium Darul Aman menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia menentang pasukan Johor DT, Sabtu ini.
PEMAIN KEDAH, Sandro Da Silva (tengah) ketika menjalani latihan di Stadium Darul Aman menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia menentang pasukan Johor DT, Sabtu ini.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia