Harian Metro

LAYAN YAYA

-

Malah, lencana nama remaja terbabit turut dipakaikan oleh Panglima Markas 5 Briged, Brigedier Jeneral Datuk Mohd Anuar Rijaludin.

Selain itu, Yaya berpeluang menyertai perbarisan rutin bersama sepasukan anggota tentera sebelum melawat pameran aset tentera termasuk senjata dan kenderaan ATM.

Dalam pameran berkenaan,Yaya juga berpeluang memegang senjata api dan diberi penerangan mengenai meriam yang digunakan dalam pertempura­n.

Lebih menarik, dia juga melihat peralatan tentera lain dan makanan yang dibawa oleh anggota tentera yang mengikuti operasi.

Dia turut diberi penerangan mengenai trak yang digunakan anggota sebelum menyaksika­n persembaha­n mempertaha­nkan diri tempur tanpa senjata oleh anggota tentera di kem berkenaan.

Walaupun sukar untuk bertutur berikutan masalah pita suara, riak wajah Yaya amat ceria sepanjang program kirakira satu jam setengah itu.

Sebelum tamat program, Yaya turut mengucapka­n terima kasih kepada Mohd Anuar yang menyerahka­n gambar sebagai tanda kenang-kenangan.

Sebelum ini, Yaya yang dijaga oleh neneknya

Bunia Kayun, 62, sejak berusia setahun disahkan mengalami ketumbuhan otak pada tahun lalu, selepas dia selesai menduduki peperiksaa­n Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Remaja yang berasal dari Kampung Contoh, dekat sini, pada mulanya dilihat sering mengadu sakit kepala dan muntah dengan kerap serta berterusan.

Tidak lama selepas itu, Yaya sering dimasukkan ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) Likas untuk menjalani rawatan dan sehingga kini Yaya sudah melakukan tiga pembedahan, 54 sesi rawatan radioterap­i dan turut menjalani rawatan fisioterap­i.

Menurut Bunia, Yaya yang juga anak bongsu daripada dua beradik berminat menjadi askar selepas sering melihat gambar arwah datuknya yang pernah menganggot­ai askar wataniah.

Mohd Anuar berkata, beliau menerima surat permohonan merealisas­ikan impian Yaya daripada Pengerusi Syukbah Kaunseling dan Hal Ehwal Wanita Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (Datuk Dr Suzain Suhaimi) pada dua minggu lalu.

“Tanpa berfikir panjang, ia terus dilaksanak­an hari ini (semalam) kerana melihat keadaan kesihatann­ya,” katanya.

Beliau turut berbangga kerana warga Markas 5 Briged, Kem Lok Kawi Kota Kinabalu turut sama membantu melancarka­n program berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia