Harian Metro

Lima penyamun masuk perangkap

-

Papar: Lima lelaki termasuk seorang remaja berusia 15 tahun dipercayai terbabit aktiviti jenayah samun berkumpula­n ditahan di beberapa lokasi berasingan di Kinarut, di sini, semalam.

Suspek berusia antara 15 hingga 30 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar dalam serbuan antara jam 1 pagi dan jam 6 pagi.

Ketua Polis Daerah Deputi Superinten­dan Ladamah Sulaiman berkata, hasil maklumat awam dan risikan, pihaknya berjaya menahan semua suspek.

“Dalam serbuan itu, polis turut berjaya menemukan sebilah samurai, pisau tajam dan beberapa telefon bimbit yang dipercayai hasil kegiatan jenayah kumpulan suspek berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di IPD Papar, di sini, semalam.

Ladamah berkata, suspek ditahan dan barangan itu dirampas sebelum dibawa ke IPD Papar untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, berdasarka­n siasatan awal, semua suspek dipercayai terbabit kes samun suami isteri di sebuah premis membuat sofa berhampira­n pekan Papar pada 28 Oktober lalu.

“Pada kejadian itu, suspek melarikan telefon bimbit dan wang tunai RM350,” katanya.

Menurutnya, polis masih menjalanka­n siasatan lanjut sama ada suspek sama terbabit dengan aktiviti jenayah lain di negeri ini.

““Hasil ujian air kencing mendapati empat daripada suspek positif dadah,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 7 (1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

 ??  ?? LADAMAH (kanan) menunjukka­n barangan yang dirampas daripada suspek pada sidang media di IPD Papar.
LADAMAH (kanan) menunjukka­n barangan yang dirampas daripada suspek pada sidang media di IPD Papar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia