Harian Metro

Buat kerja malam

 Syarikat bungkus minyak subsidi 1kg dalam botol 5kg

- Amniera Naziera Amran hmkk@hmetro.com.my

Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Sabah merampas 29,060 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi bernilai RM97,346 daripada sebuah syarikat pembungkus minyak masak di Inanam dekat sini, kelmarin.

Ia selepas pemeriksaa­n mendapati syarikat itu menyimpan bekalan minyak masak melebihi had kuantiti seperti ditetapkan menerusi lesen borongnya iaitu 20 tan metrik.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK Sabah Yahya Sujak berkata, pihaknya menyerbu premis syarikat itu sebelum mendapati ia melanggar syarat lesen borong.

“Hasil pemeriksaa­n turut mendapati premis itu terbabit dengan aktiviti membungkus semula minyak masak paket bersubsidi 1kg kepada minyak masak botol 5kg.

“Kita terus merampas semua minyak masak berkenaan untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media berhubung serbuan itu di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Yahya berkata, pemeriksaa­n di dalam premis itu membawa penemuan 80kg minyak masak yang disimpan di dalam tangki.

Selain itu katanya, ada 9,231 paket minyak masak 1kg, 3,012 minyak masak botol 2kg, 2,012 minyak masak botol 5kg dan 115 unit minyak masak bekas 17kg.

“Semuanya berjenama ‘Rusa Terbang’,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaa­n pada sebuah lori di premis itu membawa kepada penemuan 150 peket minyak masak 1kg dan 240 minyak masak botol 5kg.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya percaya kakitangan syarikat itu menjalanka­n aktiviti membungkus semula minyak masak peket bersubsidi 1kg kepada minyak masak botol 5kg, pada waktu malam.

Beliau berkata, ini memandangk­an terdapat tiga pekerja yang berusia 30-an yang tinggal di premis berkenaan

Yahya berkata, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

 ??  ?? YAHYA (kiri) bersama pegawainya menunjukka­n taktik sindiket memindahka­n minyak masak untuk dijual.
YAHYA (kiri) bersama pegawainya menunjukka­n taktik sindiket memindahka­n minyak masak untuk dijual.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia