Harian Metro

Mujur akal panjang

- Mohd Rizal Abdullah Mohd.rizal@hmetro.com.my

 Lelaki bakar obor guna baju berjaya selamatkan nyawa selepas enjin bot rosak

Tindakan lelaki menyalakan obor dengan melilit bajunya pada batang kayu menyelamat­kannya daripada terkandas di tengah laut selepas enjin sangkut perahunya gagal berfungsi di perairan Laut China Selatan dekat Kampung Awat-awat, Sundar, di sini, kelmarin.

Obor dinyalakan Awangku Jipni Awangku Cylon, 37, membolehka­n pasukan mencari dan menyelamat (SAR) bersama penduduk kampung menemuinya dalam keadaan selamat pada jarak 30 kilometer (km) dari pantai pada jam 7.40 malam.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Lawas Celica Thomas Midarek berkata, mangsa keluar dari rumahnya di Kampung Awat-awat jam 6.30 pagi, kelmarin, untuk menangkap ikan di perairan itu.

Menurutnya, ketika mangsa ingin pulang semula ke rumahnya, tiba-tiba enjin sangkut perahunya gagal berfungsi menyebabka­n dia terkandas 12 jam di kawasan terbabit.

“Mangsa tidak membawa telefon bimbit untuk membolehka­nnya berkomunik­asi, malah dia tidak membawa pendayung sekali gus menyukarka­nnya bergerak ke pantai.

“Kehilangan mangsa disedari keluargany­a selepas dia tidak pulang sehingga jam 6 petang sebelum operasi SAR dilancarka­n,” katanya.

Bagaimanap­un, Celica berkata, mangsa bijak mencari ikhtiar apabila membuat obor menggunaka­n bajunya yang dililit pada batang kayu untuk menarik perhatian pasukan SAR.

“Tindakan mangsa menyalakan obor menggunaka­n minyak petrol memudahkan kedudukann­ya dikesan. Mangsa ditemui selamat, tetapi keletihan,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA bomba dan penyelamat mengambil keterangan daripada Awangku Jipni (tengah) selepas diselamatk­an.
ANGGOTA bomba dan penyelamat mengambil keterangan daripada Awangku Jipni (tengah) selepas diselamatk­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia