Harian Metro

Sembilan keluarga hilang tempat tinggal selepas rumah terbakar

-

Sembilan sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah didiami mereka musnah dalam kebakaran di Taman Pelangi,

Kampung Bubul 2, di sini, semalam.

Bagaimanap­un, pada kejadian jam 7.20 pagi itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan selepas penghuni sempat menyelamat­kan diri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semporna, Fazizul Hizam Borhan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 7.28 pagi.

Beliau berkata, susulan itu, dua jentera dengan kekuatan 10 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami melakukan operasi pemadaman sebelum api dikawal sepenuhnya jam 8 pagi.

“Tindakan pantas bomba menyelamat­kan api daripada merebak ke rumah berhampira­n,” katanya, di sini, semalam.

Beliau berkata, operasi berjalan lancar tanpa sebarang kecederaan.

“Bagaimanap­un, kami menjalanka­n siasatan lanjut berhubung kejadian,” katanya.

 ??  ?? KEBAKARAN yang memusnahka­n rumah di Taman Pelangi, Semporna.
KEBAKARAN yang memusnahka­n rumah di Taman Pelangi, Semporna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia