Harian Metro

Klasifikas­i kes sebagai bunuh

-

Papar: Polis mengklasif­ikasikan wanita yang meninggal dunia selepas ditemui terbaring di tepi jalan di Kilometer 5 Jalan Papar Baru Kota Kinabalu, dekat sini, Jumaat lalu, sebagai kes bunuh.

Ketua Polis Daerah Deputi Superinten­dan Ladamah Sulaiman berkata, pihaknya melakukan siasatan lanjut berhubung kejadian berkenaan dan mendapati ketika kejadian, mangsa dan teman lelakinya menaiki pacuan empat roda Toyota Hilux.

Katanya, mereka dipercayai bertengkar dan lelaki itu dipercayai mabuk.

“Ketika tiba di lokasi kejadian berhampira­n simpang ke rumah mangsa, wanita terbabit disyaki melompat keluar melalui cermin kenderaan itu yang bergerak.

“Mangsa terbaring di tepi jalan dalam keadaan parah.

“Suspek dikatakan meninggalk­an mangsa dan memecut laju kenderaan dipandunya, namun beberapa pengguna jalan raya sempat mencatat nombor pendaftara­n kenderaan itu sebelum memaklumka­n kepada polis,” katanya.

Beliau berkata demikian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar, di sini, semalam.

Ladamah berkata, susulan maklumat awam, suspek berusia 30-an yang bekerja sebagai jurutera di syarikat swasta ditahan di Sipitang, pada 9.15 pagi, Isnin lalu.

Katanya, siasatan mendapati suspek mengenali mangsa dua bulan lalu melalui aplikasi sebelum menjalinka­n hubungan sebagai kekasih.

Menurutnya, mangsa dipercayai bertemu suspek petang sebelum kejadian.

“Suspek kini direman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Terdahulu, pada jam 11.30 malam, Jumaat lalu, mangsa berusia 20 tahun ditemui terbaring di tepi jalan berlumuran darah.

Orang awam membantu menghantar mangsa ke Hospital Papar untuk rawatan sebelum wanita itu dipindahka­n ke Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE 1) Kota Kinabalu.

Bagaimanap­un, mangsa disahkan meninggal dunia akibat parah di kepala.

 ??  ?? LADAMAH menunjukka­n kenderaan suspek yang dirampas.
LADAMAH menunjukka­n kenderaan suspek yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia