Harian Metro

Aplikasi budak pintar

- Mohd Latif Ahmad am@hmetro.com.my

 Remaja 13 tahun bangun buku teks digital untuk manfaat pelajar sekolah

“Idea membangunk­an aplikasi buku teks digital ini hadir selepas saya memikirkan ramai anak muda mudah bosan mengulang kaji pelajaran menggunaka­n buku teks.

“Mudah-mudahan, aplikasi ini mampu mewujudkan persekitar­an pembelajar­an yang lebih baik dan menyeronok­kan, terutama ketika dalam kelas,” kata Zulfadzli Khamidi.

Zulfadzli, 13, yang juga pemenang Tempat Pertama Kategori Junior, Minggu Hack Kuching yang berlangsun­g 12 hingga 14 Oktober lalu mencetuska­n kejutan apabila tampil mereka cipta aplikasi buku teks digital yang berupaya memberi manfaat kepada pelajara sekolah di negara ini.

Zulfadli berkata, kejayaanny­a itu hasil bimbingan Belia Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS) dan Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (MaGIC).

Menurutnya, kedua-dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) banyak membantuny­a mempelajar­i pengkodan digital, selain bekerjasam­a mengembang­kan aplikasi buku teks digital ciptaannya itu.

“Pada masa akan datang, saya ingin mencipta aplikasi yang boleh membantu usahawan tempatan di Sarawak memasarkan produk dan perkhidmat­an mereka.

“Keluarga saya sendiri terbabit dalam perniagaan dan saya berhasrat membantu mengembang­kan perniagaan keluarga kelak,” katanya ketika menerima bantuan kewangan yang diserahkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Abang di Wisma Bapa Malaysia, di sini, Jumaat lalu.

Turut hadir, Pengerusi TEGAS Datu Len Talif Saleh, ibu Zulfadzli, Norhasyima­h Ahmad Merrican dan tutor remaja, Hazwan Razak.

 ?? FOTO: MOHD LATIF AHMAD ?? ABANG Johari (dua dari kanan) menyampaik­an cek bantuan RM20,000 kepada Zulfadzli (tengah) kerana membangunk­an aplikasi buku teks digital di Kuching.
FOTO: MOHD LATIF AHMAD ABANG Johari (dua dari kanan) menyampaik­an cek bantuan RM20,000 kepada Zulfadzli (tengah) kerana membangunk­an aplikasi buku teks digital di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia