Tak perlu tunai lagi guna e-wallet
Rakyat Sarawak tidak perlu lagi membayar bil secara tunai bagi sebarang perkhidmatan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan apabila aplikasi perkhidmatan elektronik tunai atau e-wallet, Sarawak Pay dijangka dilancarkan bulan ini.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg berkata, cadangan membangunkan aplikasi e-wallet membabitkan pembayaran perkhidmatan kerajaan secara digital itu sudah diluluskan Bank Negara.
“Melalui aplikasi Sarawak Pay, rakyat Sarawak boleh membayar perkhidmatan yang disediakan kerajaan seperti bil elektrik, bil air, cukai taksiran dan cukai tanah dengan hanya menggunakan telefon pintar mereka.
“Saya berharap dapat melancarkan aplikasi ini dalam masa terdekat (November ini),” katanya ketika menyempurnakan Majlis Pelancaran
Saradise Kuching, di sini, kelmarin.
Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embah dan Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Saradise Datuk Chris Chung.
Abang Johari yang juga Menteri Kewangan negeri berkata, pihaknya turut merancang menghubungkan
Sarawak Pay dengan portal perniagaan digital, Ali Baba.