Harian Metro

Operasi MAHARLIKA kekang pengganas

-

Sandakan: Operasi MAHARLIKA disertai Malaysia, Brunei, Indonesia dan Filipina bermula hari ini bertujuan mengekang kemasukan Pejuang Pengganas Asing (FTF) ke negara masing-masing.

Operasi bersama empat negara selama dua minggu mendapat kerjasama Polis Antarabang­sa (Interpol) juga dapat meningkatk­an keupayaan pasukan keselamata­n negara terbabit dalam membantera­s aktiviti berkenaan.

Pengarah Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, operasi itu dapat membantu meningkatk­an keselamata­n di sempadan negara masing-masing.

Bagaimanap­un, katanya, operasi tidak membabitka­n anggota Interpol dan mereka hanya memberikan latihan.

“Selain latihan, mereka menyediaka­n perkakasan, gajet dan data yang digunakan dalam operasi ini.

“Dalam operasi ini, kita akan tahu jika seseorang yang diperiksa di mana-mana lokasi adalah FTF atau sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Operasi MAHARLIKA Interpol, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Operasi Sokongan dan Analisis Pejabat Sekretaria­t Interpol Harald Arm, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd dan Komander Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Hazani Ghazali.

MAHARLIKA dalam bahasa Tagalog bermaksud pahlawan masyarakat Filipina di Luzon, Filipina.

Zulkifli berkata, operasi terbabit bukan bermaksud bahawa pasukan keselamata­n dari negara terbabit akan memasuki negara lain

 ??  ?? ZULKIFLI (tiga dari kiri) pada Majlis Perasmian Pelancaran Operasi MAHARLIKA Interpol di Sandakan.
ZULKIFLI (tiga dari kiri) pada Majlis Perasmian Pelancaran Operasi MAHARLIKA Interpol di Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia