Harian Metro

Gagal sedia kolam takungan

-

Sistem saliran dan longkang tersumbat dengan tanah serta sampah berpunca dari tapak pembanguna­n di kawasan berhampira­n menjadi punca banjir kilat di Lebuhraya Persekutua­n berdekatan susur keluar ke Lebuhraya Kerinchi Link dan Pantai Dalam, petang kelmarin.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pihak pemaju gagal menyediaka­n kolam takungan dan perangkap sampah bagi mengelakka­n sampah serta tanah daripada terus mengalir ke longkang akibat hujan lebat.

Menurutnya, jika didapati pihak terbabit melanggar syarat Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) ditetapkan, mereka boleh dikenakan tindakan tegas.

Bagaimanap­un, katanya, Jabatan Alam Sekitar (JAS) hanya boleh mengambil tindakan jika projek pembinaan berkenaan diluluskan selepas Ogos 2015 iaitu ketika sistem EIA baru dilaksanak­an.

“Kami tidak boleh ambil tindakan terhadap pemaju jika projek diluluskan sebelum Ogos 2015 iaitu sebelum sistem EIA baru dilaksanak­an.

“Bagaimanap­un, projek itu masih di bawah kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang meluluskan­nya,” katanya dalam sidang media di Parlimen, di sini, semalam.

Justeru, katanya, beliau berharap DBKL akan menyiasat jika ada peraturan EIA dalam perundanga­nnya dan sama ada ia disyaratka­n ketika projek itu diluluskan serta jika ada, mereka boleh mengambil tindakan kerana pemaju melanggar syarat berkenaan.

 ??  ?? DR Wan Junaidi
DR Wan Junaidi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia