Aplikasi UOB Mighty sedia direktori 2,000 restoran dalam telefon pintar
United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (UOB Malaysia) melancarkan aplikasi perbankan mudah alih semua dalam satu UOB
Mighty yang membolehkan pelanggan menjadikan telefon pintar mereka dompet elektronik dan menikmati tawaran makan yang hebat di Malaysia dan beberapa negara lain.
UOB Mighty ialah aplikasi perbankan mudah alih pertama di Malaysia yang menawarkan pelanggan dengan perkhidmatan berkaitan makanan termasuk direktori lebih 2,000 restoran di Malaysia, Singapura dan Thailand, selain mengandungi ciri perbankan, tempat makan dan pembayaran dalam satu aplikasi.
Melalui aplikasi, pelanggan boleh mencari restoran, membuat tempahan, memberi ulasan dan transaksi elektronik tanpa tunai apabila makan di luar.
Pengarah Urusan dan Ketua Negara Perkhidmatan Kewangan Peribadi UOB Malaysia Ronnie Lim berkata, trend makan di restoran membuatkan pengguna tertarik menggunakan aplikasi yang menawarkan kemudahan pembayaran tanpa sentuh apabila membayar bil
makanan mereka.
UOB Mighty
boleh dimuat turun daripada platform Google Play
dan Apple App Store.
Pemegang kad kredit dan debit UOB Malaysia melakukan transaksi menggunakan UOB
Mighty layak menyertai program pulangan tunai RM1 juta, berlangsung sehingga 4 Februari 2018.