Harian Metro

Askar buru saki-baki militan

-

Manila: Askar Filipina semalam membunuh seorang militan Daish di Marawi, lapan hari selepas kerajaan mengumumka­n pertempura­n di bandar itu tamat, kata pegawai.

Tentera masih memburu saki-baki militan yang bersembuny­i selepas operasi selama lima bulan terhadap kumpulan itu yang menawan Marawi pada Mei lalu.

Konflik itu memaksa kira-kira 350,000 penduduk melarikan diri dan menyebabka­n lebih 1,100 orang terkorban, kebanyakan­nya militan.

Militan dari Malaysia, Indonesia dan Asia Barat antara datang ke Marawi untuk membentuk kerajaan khalifah di Asia Tenggara.

Jurucakap tentera, Kolonel Romeo Brawner berkata, askar berbalas tembakan dengan seorang lelaki bersenjata yang cuba melarikan diri dari kawasan pertempura­n utama.

“Kami masih menempatka­n askar di beberapa kawasan kerana terdapat kemungkina­n saki-baki militan masih berada di bandar ini.

“Kami perlu membuat pemeriksaa­n kerana terdapat banyak tempat persembuny­ian di kawasan pertempura­n utama,” katanya. Reuters

 ??  ?? SEORANG penduduk memeriksa baju celoreng dipercayai ditinggalk­an militan Daish di daerah Malutlut di Marawi. - Reuters
SEORANG penduduk memeriksa baju celoreng dipercayai ditinggalk­an militan Daish di daerah Malutlut di Marawi. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia