Harian Metro

Tak mengaku pukul polis

-

Melaka: Seorang penuntut kolej vokasional mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas tuduhan menggunaka­n kekerasan terhadap pegawai polis pada perlawanan terakhir Liga Super antara Melaka menentang Kelantan di Stadium Hang Jebat, di sini, hujung bulan lalu.

Tertuduh, Zarif Zainordin, 19, dari Bukit Baru, di sini, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd Firdaus Saleh.

Mengikut pertuduhan, Zarif didakwa menggunaka­n kekerasan jenayah apabila bergelut dengan Asisten Superinten­dan Jay January Sowou yang menjalanka­n tugas membuat pemeriksaa­n ke atasnya di Stadium Hang Jebat pada jam 11.45 malam, 28 Oktober lalu.

Justeru, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 353 Ka- nun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya N Sivashanga­ri mencadangk­an agar mahkamah menawarkan jaminan RM5,000 kepada tertuduh.

Tertuduh diwakili peguam Ishak Kari merayu mahkamah mengurangk­an jumlah jaminan dengan alasan anak guamnya akan memulakan latihan industri pada 26 November depan selain bergantung kepada pendapatan bapa yang juga seorang pesara kerajaan.

Selain itu, Ishak turut memohon mahkamah menetapkan syarat tambahan ke atas anak guamnya bagi mengelakka­n jaminan tinggi.

Mohd Firdaus kemudian menawarkan jaminan RM1,500 terhadap tertuduh dengan seorang penjamin selain perlu melaporkan diri di Balai Polis Bukit Baru.

Mahkamah menetapkan 6 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula.

 ??  ?? TERTUDUH dibawa keluar dari mahkamah selepas prosiding.
TERTUDUH dibawa keluar dari mahkamah selepas prosiding.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia