Harian Metro

Nafi penyebaran gambar MB Kedah keluar kenyataan kontrovers­i

-

Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Nahar Tajri menafikan penyebaran sekeping gambar menampilka­n Datuk Seri Ahmad Bashah Md

Hanipah mengeluark­an kenyataan kontrovers­i yang menjadi tular di laman sosial, hari ini.

Malah, Nahar turut mengesahka­n gambar itu palsu dan beliau turut meminta pihak tidak bertanggun­gjawab supaya menghentik­an fitnah yang disebarkan itu.

“Mengenali beliau secara dekat, saya berpendapa­t tidak mungkin sama sekali Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md

Hanipah akan mengeluark­an satu kenyataan yang terlalu kasar tanpa pertimbang­an wajar sebegitu.

“Kerja nakal sebegini bersifat keanak-anakan dan hanya mahu mengeruhka­n keadaan. Hentikan fitnah,” katanya dalam satu kenyataan ringkas, hari ini.

Selepas timbul kekecohan berikutan pengagihan tiket final Piala Malaysia di Stadium Darul Aman semalam, timbul sekeping gambar menampilka­n Ahmad Bashah menempelak penyokong Kedah yang mempersoal­kan pengagihan tiket perlawanan itu.

Dalam kenyataan palsu itu, Ahmad Bashah menyatakan beliau berhak memberi tiket final kepada UMNO Kedah kerana mereka juga penyokong Kedah atas kapasitiny­a sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA).

“Peruntukan tiket untuk UMNO hanya 8,500 tiket, selebihnya untuk badan gabungan, orang kenamaan, bas serta jualan di kaunter. “Saya juga mengarahka­n KFA untuk menyekat Ultras Kedah daripada memasuki stadium kerana sukar dikawal,” menurut kenyataan palsu itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia