Harian Metro

Aktiviti bantu rakan sebaya

- Norlaila Hamima Jamaluddin laila@hmetro.com.my

Dalam banyak-banyak larian, acara yang satu ini memang istimewa.

Mana tidaknya, larian ini diadakan untuk kanakkanak bagi memberi manfaat kepada rakan sebaya mereka. Walaupun acara larian ini disertai ramai pelari dewasa, peserta cilik tidak mahu melepaskan peluang untuk membantu kanak-kanak lain.

Acara tahunan RBC Race for the Kids Kuala Lumpur di Taman Botani Perdana adalah acara larian keluarga dan menarik minat lebih 2,000 peserta. Meskipun perlu bangun awal pada hari cuti, namun semua peserta terutama kanakkanak tampak teruja untuk menjayakan larian santai sejauh lima kilometer sebagai tanda sokongan mereka kepada Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia.

Lebih menarik, ramai ibu bapa yang berlari bersama si kecil dengan menolak kerusi sorong, satu pemandanga­n yang memberangs­angkan dan menandakan peningkata­n kesedaran orang ramai dalam penjagaan kesihatan serta sanggup berkorban sedikit demi membantu golongan memerlukan.

Dalam acara ini, sasaran untuk menggandak­an pengumpula­n dana tercapai. Sebanyak RM200,000 dikutip untuk membiayai pembinaan dua Bilik

Sensori Ronald McDonald bagi kanak-kanak dengan masalah ketidakupa­yaan pembelajar­an di negara ini.

Lokasi pertama ialah di Sekolah Semangat

Maju Taiping (SSMT) yang ditubuhkan pada 1991 dengan hanya 17 pelajar.

Kini SSMT memberi perhatian dan mendidik lebih 100 remaja kurang upaya dalam pembelajar­an, autisme, sindrom Down dan palsi serebrum.

Bilik Sensori baru ini akan membantu kanakkanak kurang upaya untuk mengembang­kan kemahiran kognitif dan membina keyakinan diri melalui rangsangan deria utama iaitu penglihata­n, bunyi, sentuhan dan bau.

Menurut Ketua Perkhidmat­an Pelabur & Perbendaha­raan Royal Bank of Canada (RBC) Malaysia A ndy A llen, pihaknya sangat gembira dengan sambutan pada acara tahun ini dan berbangga apabila warga kerjanya, rakan, keluarga dan masyarakat setempat dapat berkumpul bersama untuk memberi sokongan bagi menjayakan usaha murni berkenaan.

“RBaC mempunyai kehadiran yang kukuh di Malaysia dan kami begitu bersemanga­t untuk membawa perubahan kepada pelanggan dan masyarakat setempat.

Saya gembira melihat acara istimewa ini terus berkembang sebagai sebahagian daripada komitmen global kami untuk membantu ke arah mewujudkan masyarakat sejahtera dan maju.

Naib Presiden RMHC Malaysia Victor Sim berkata, dia berbesar hati dapat bekerjasam­a dengan RBC Race for the Kids Kuala Lumpur bagi tahun kedua berturut-turut.

“Sememangny­a ia sesuatu yang amat menyentuh perasaan apabila melihat begitu ramai orang hadir pada acara ini dan menyokong usaha murni bagi membantu kanakkanak yang memerlukan,” katanya.

Acara sulung RBC Race for the Kids Kuala Lumpur yang diadakan tahun lalu berjaya mengumpul lebih RM200,000 dan dana berkenaan digunakan oleh Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia untuk membina dua Bilik Sensori di Lembah Klang; yang pertama di Persatuan Untuk Orang Kurang Upaya A kal Selangor dan Wilayah Persekutua­n (SA MH) dan yang kedua di Pusat Penjagaan KanakKanak Cacat Taman Megah (PPKKTCM).

Acara larian berkenaan adalah sebahagian daripada

Peningkata­n peserta larian amal Race for the Kids bukti makin ramai beri sokongan

‘Ikrar Kanak-Kanak’ oleh RBC yang merupakan komitmen bernilai USD100 juta selama lima tahun untuk menambah baik kehidupan sejuta orang kanak-kanak dan remaja di seluruh dunia.

Pada tahun lalu, perlumbaan ini diadakan di lebih 15 lokasi termasuk London, Vancouver, Minneapoli­s, Toronto, New York, Chicago, Sydney, Luxembourg, Hong Kong dan Kuala Lumpur, yang menarik minat lebih 124,000 peserta seluruh dunia. Sejak dilancarka­n pada 2008 di New York, RBC Race for the Kids berjaya mengumpul lebih USD27 juta untuk tujuan amal mensasarka­n golongan kanak-kanak di seluruh dunia.

RBC menyokong pelbagai program yang memberi tumpuan kepada keperluan kanak-kanak secara menyeluruh yang merangkumi minda, fizikal dan rohani, supaya mereka berpeluang untuk mencapai potensi masing-masing suatu hari nanti.

 ??  ?? PESERTA bersama maskot Leo the Lion sebelum memulakan larian santai. SEBAHAGIAN peserta yang berlari sambil menolak kerusi sorong si kecil. LEO the Lion memberi semangat kepada peserta larian.
PESERTA bersama maskot Leo the Lion sebelum memulakan larian santai. SEBAHAGIAN peserta yang berlari sambil menolak kerusi sorong si kecil. LEO the Lion memberi semangat kepada peserta larian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia