Harian Metro

J WASPADA SANG BEDAL

- Mohd Latif Ahmad am@hmetro.com.my

abatan Hutan Sarawak (JHS) giat menjalanka­n projek pemasangan papan tanda amaran buaya di kawasan kampung, rumah panjang dan sekolah berhampira­n sungai di negeri ini yang dikenal pasti didiami reptilia ganas itu.

Pemasangan papan tanda itu sebagai inisiatif JHS bagi mengelakka­n konflik manusia dengan haiwan, sekali gus mengu- rangkan risiko serangan buaya di kawasan sungai yang dikenal pasti.

Pegawai Bahagian Taman Negara dan Hidupan Liar JHS Munaw Jawa berkata, pemasangan papan tanda amaran buaya itu diharap dapat mengelakka­n insiden serangan buaya yang meragut nyawa manusia, terutama membabitka­n penduduk di luar bandar dan pedalaman.

“JHS juga mahu meningkatk­an kesedaran kepada orang ramai supaya sentiasa mengelak ke kawasan sungai yang mempunyai populasi buaya.

“Papan tanda amaran buaya ini diletakkan di sungai yang dikenal pasti mempunyai populasi buaya yang tinggi dan akan menjadi peringatan kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Munaw berkata, pihaknya sudah memasang lapan papan tanda amaran buaya di penempatan penduduk di Betong, Engkilili, Pantu, Sri Aman dan Saratok.

“Pemasangan papan tanda itu juga dibuat di sebuah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Ijok di Engkilili.

“Papan tanda amaran buaya ini diletak di tepi sungai, khususnya yang sering menjadi tumpuan orang ramai,” katanya.

Katanya, lebih banyak pemasangan papan tanda amaran buaya akan dibuat dari semasa ke semasa bagi mengelak konflik antara manusia dan reptilia itu.

JHS giat laksana projek pasang papan tanda amaran buaya di kawasan berhampira­n sungai

 ??  ?? MUNAW (kiri) bersama kakitangan Bahagian Taman Negara dan Hidupan Liar menunjukka­n papan tanda amaran buaya yang dipasang di Kampung Tisak Ulu, Betong.
MUNAW (kiri) bersama kakitangan Bahagian Taman Negara dan Hidupan Liar menunjukka­n papan tanda amaran buaya yang dipasang di Kampung Tisak Ulu, Betong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia