Harian Metro

NGAUMAN SANG JUARA

- Aziman Rosdi, Firdaus Hashim, Mohamad Zulfaizan Mansor & Syafiq Aznan sukanteam@nstp.com.my

Selepas 1991, Piala Malaysia kembali ke selatan tanah air kali ini menerusi kelab Johor DT yang mengecewak­an puluhan ribu penyokong juara bertahan, Kedah pada aksi final malam tadi.

 Johor DT pamer aksi terbaik benam juara bertahan di Shah Alam malam tadi

Shah Alam

Kelab Johor Darul Ta’zim (Johor DT) membuktika­n mereka adalah ‘Raja bola sepak tanah air’ ketika ini apabila merangkul kejuaraan Piala Malaysia buat kali pertama selepas menewaskan juara bertahan Kedah 2-0 dalam aksi final di Stadium Shah Alam, semalam.

Dua gol pada setiap babak menerusi Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak dan Gonzalo Cabrera memastikan trofi itu kembali menuju ke selatan tanah air selepas Johor muncul juara pada 1985 dan 1991.

Gelaran itu melengkapk­an kabinet trofi Johor DT sejak ditubuhkan pada 2013 selepas merangkul Liga Super 2014, 2015, 2016, 2017, Piala FA 2016, Piala Sumbangsih 2015, 2016 dan Piala AFC 2015.

Final yang disaksikan 80,000 penyokong itu ibarat pertemuan buku dengan ruas apabila Johor DT mahu memburu gelaran kedua musim ini selepas meraih kejuaraan Liga Super buat kali keempat berturut-turut.

Helang Merah pula mengintai trofi ketiga selepas menewaskan Johor DT pada perebutan Piala Sumbangsih sebelum menjulang Piala FA dengan mengecewak­an Pahang di pentas akhir

3-2.

Bagaimanap­un,

Kedah yang dibimbing Nidzam Adzha

Yusof tersentak dengan gol seawal minit ke-3 menerusi tandukan pemain pertahanan, Aidil Zafuan selepas menerima bola sepakan sudut kapten Safiq Rahim

Strategi jurulatih Johor DT, Ulisses Morais memasukkan Ahmad Hazwan Bakri mengambil tempat penjaring terbanyak Liga Super, Mohamad Ghaddar nyata memberi impak dalam permainan.

Hazwan yang juga bekas wira Piala Malaysia bersama skuad Selangor 2015 mencipta peluang kepada Natxo Insa dan Gabriel Guerra namun ketangkasa­n penjaga gol Kedah Ifwat Akmal Che Kassim berjaya menyelamat­kan keadaan.

Satu-satunya peluang terbaik dicipta Kedah hadir pada minit ke-26 namun tolakan penyerang Ken Ilso selepas penjaga gol Izham Tarmizi Roslan meninggalk­an posisinya, berjaya dikeluarka­n S Kunanlan.

Kedah yang memburu kejuaraan keenam selepas 1990, 1993, 2007, 2008 dan 2016 mula mengasak pada separuh kedua dan hampir menyamakan kedudukan namun tandukan Baddrol Bakhtiar sekadar singgah di palang.

Tapi anak buah Morais menyentap semangat pasukan lawan dengan gol kedua pada minit ke-63 apabila pemain import Gonzalo Cabrera yang menerima hantara Hazwan melepaskan sepakan menewaskan Ifwat.

Tuah nyata bukan milik Kedah apabila sepakan Baddrol pada minit ke-67 terkena tiang sekali gus memberi kegembiraa­n buat Johor DT yang kecewa tewas pada final

2014 kepada

Pahang menerusi penentuan sepakan penalti

3-5 selepas aksi terikat

2-2.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? CABRERA (kiri) ledak gol kedua Johor DT.
CABRERA (kiri) ledak gol kedua Johor DT.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia