Harian Metro

Timbalan pengarah direman 7 hari

-

Timbalan Pengarah

Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) (Operasi) Johor direman tujuh hari hingga 10 November ini bagi membantu siasatan berhubung kes bersubahat dan menerima rasuah RM8,000.

Perintah reman terbabit dikeluarka­n Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen Norhidayah Abd Manaf bagi membolehka­n siasatan lanjut dibuat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap suspek berusia 47 tahun itu bermula semalam.

Siasatan terhadap suspek lelaki itu dibuat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntu­kkan hukuman denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi dan penjara maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.

Terdahulu, suspek ditahan jam 11 malam kelmarin di Pejabat SPRM Johor, di sini, bagi membantu siasatan kerana disyaki bersubahat meminta dan menerima rasuah daripada pengurus projek sebuah syarikat kejurutera­an petroleum.

Berdasarka­n hasil siasatan dijalankan SPRM Johor, suspek disyaki menerima wang rasuah RM8,000 daripada pengurus projek berkenaan melalui seorang pegawai JKKP yang direman sebelum ini.

Perbuatan terbabit disyaki dilakukan sebagai dorongan kepada mangsa jika tidak mahu diambil tindakan kerana memasang mesin angkat tanpa mendapat kebenaran JKKP Johor.

Dalam serbuan dilakukan dengan menggeleda­h tiga lokasi berbeza, pasukan penyiasat menjumpai wang tunai RM40,400 dan SGD1,613 (RM5,005.25) selain merampas beberapa dokumen berkaitan projek berkenaan.

Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias mengesahka­n tangkapan yang dibuat itu.

 ??  ?? ANGGOTA SPRM mengiringi suspek ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru untuk mendapatka­n perintah tahanan reman, semalam.
ANGGOTA SPRM mengiringi suspek ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru untuk mendapatka­n perintah tahanan reman, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia