Harian Metro

WANITA DITAHAN DI RESORT

- D J Dolasoh am@hmetro.com.my

Bayi lelaki baru dilahirkan yang ditemui dibuang di celah pokok dalam belukar di belakang sebuah resort di sini, Rabu lalu kini dirawat di wad Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

Difahamkan, bayi yang ditemui masih bertali pusat itu turut luka di badan termasuk paha dan ada kesan calar ketika ditemui.

Ketua Polis Daerah Gerik Superinten­dan Ismail Mat Isa berkata, polis masih menjalanka­n siasatan berhubung penemuan bayi itu dan mendapatka­n perintah tahanan reman dua minggu terhadap seorang wanita warga Thailand.

“Bayi lelaki yang ditemui itu pula dipindahka­n dari Hospital Gerik ke HRPB, Ipoh untuk mendapatka­n rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, wanita berusia 24 tahun warga Thailand yang dipercayai ibu bayi berkenaan ditahan jam 1.30 tengah hari pada hari kejadian susulan penemuan bayi terbabit.

“Wanita terbabit ditahan beberapa jam selepas bayi lelaki yang hidup dan masih bertali pusat itu ditemui.

“Dia (suspek) ditahan di resort sama lokasi bayi berkenaan ditemui,” katanya.

Ismail berkata, suspek dirawat di Hospital Gerik dan berada dalam kawalan polis. “Siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembuny­ikan kelahiran dengan niat membuang bayi,” katanya.

Harian Metro semalam melaporkan bayi lelaki yang masih hidup dan bertali pusat ditemui di celah pokok dalam belukar di belakang sebuah resort di sini, Rabu lalu.

Dalam kejadian jam 11 pagi, bayi berkenaan ditemui seorang kakitangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Hafizi Ahmad Tanjuzi yang menginap di resort berkenaan.

Ismail berkata, berdasarka­n keterangan saksi yang menemui bayi terbabit, ketika dia berada dalam bilik di resort berkenaan dan membuka tingkap dia mendengar bunyi tangisan serta tidak pasti orang atau binatang.

Menurutnya, saksi bersama dua rakan, Ahmad Za’im Ramli dan Shahrul Nizam turun dari bilik ke tempat bunyi tangisan itu untuk membuat pemeriksaa­n sebelum menemui bayi lelaki yang kesejukan di celah pokok di belukar belakang resort berkenaan.

 ??  ?? BAYI lelaki ditemui dalam belukar di kawasan sebuah resort di Gerik, Rabu lalu.
BAYI lelaki ditemui dalam belukar di kawasan sebuah resort di Gerik, Rabu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia