Harian Metro

CIPTA BAKTERIA BARU

Graduan Terbaik UiTM tekad kaji mikroorgan­isma dunia perubatan

- Dziyaul Afnan Abdul Rahman am@hmetro.com.my

“Impian saya selepas ini untuk mencipta bakteria baru yang boleh memberi manfaat besar kepada dunia perubatan dan menjadi saintis berjaya setaraf profesor negara lain,” kata Syazani Zahier Zakaria, 24, graduan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dari Fakulti Sains Gunaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis.

Anak pesara kerani Mahkamah Syariah Perak itu cemerlang apabila dipilih Graduan Terbaik keseluruha­n pada Majlis Istiadat Konvokesye­n UiTM ke-87, di Dewan Semarak, di sini, semalam.

Anugerah berkenaan disampaika­n Pro Canselor UiTM Tan Sri Sallehuddi­n Mohamed.

Ketika ditemui, Syazani Zahier yang ditemani ahli keluarga berkata, dia bercita-cita membuat kajian bagi mencipta sejarah dunia perubatan dengan menghasilk­an bakteria baru yang lebih selamat dan mesra pesakit.

Menurutnya, impian itu didorong minat yang tinggi dalam bidang biologi yang dipelajari­nya.

“Saya bertekad untuk mencipta (bakteria baru) malah jika diizinkan menjadi pengkaji yang setaraf profesor negara lain yang berjaya menemukan mikroorgan­isma baru dalam dunia perubatan.

“Meskipun datang dari keluarga sederhana, bagi saya itu sama sekali tidak menghalang saya untuk terus mencapai cita-cita,” katanya.

Anak pasangan Zakaria Abdul Talib, 58, dan Sabariah Harun, 57, berasal dari Ipoh itu turut melahirkan rasa bangga kepada kedua-dua orang tuanya itu selepas dipilih seorang daripada 83 pelajar cemerlang yang

menerima Anugerah Naib Canselor.

“Ayah seorang pesara kerajaan dan jawatan terakhirny­a ialah sebagai ketua kerani di Mahkamah Syariah negeri Perak manakala ibu bekerja di sektor swasta.

“Latar belakang kami memang sederhana tapi saya berbangga kerana hasil didikan mereka, kami anak-anaknya berjaya memasuki universiti awam bermula daripada abang sulung sehinggala­h kepada saya,” kata anak keempat daripada lima beradik itu.

 ??  ?? IBU bapa bangga dengan kejayaan Syazani. SEBAHAGIAN graduan yang menerima Anugerah Naib Canselor.
IBU bapa bangga dengan kejayaan Syazani. SEBAHAGIAN graduan yang menerima Anugerah Naib Canselor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia