Harian Metro

Memori kunjungan 1989

-

Kuala Lumpur Selepas 19 tahun, St Mary Cathedral berdekatan Dataran Merdeka di Jalan Raja, di sini, semalam menerima kunjungan pasangan diraja British.

Putera Charles Putera Wales dan isteri Camilla,

melawat gereja Anglican ini sebagai sebahagian lawatan sulung tujuh hari mereka ke Malaysia.

Kali terakhir gereja ini menerima kunjungan tetamu diraja British ialah pada 1998 apabila Ratu Elizabeth II menghadiri upacara pembukaan rasmi Sukan Komanwel ke-16 di Kuala Lumpur.

Baginda turut melawat gereja ini pada 1989 ketika Mesyuarat Ketua Negara Komanwel di Kuala Lumpur.

Putera Charles dan Camilla tiba pada jam 10.10 pagi ketika hujan lebat dan disambut Archbishop Datuk Ng Moon Hing.

Pasangan diraja ini disertai menteri pengiring Datuk Seri S K Devamany yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Pelawat diraja turut menyertai upacara gereja selama 40 minit dan kemudian bertemu anggota gereja dan beberapa staf Pesuruhjay­a Tinggi British yang turut hadir.

Putera Charles dan Camilla turut menandatan­gani buku pelawat sebelum meninggalk­an gereja.

Archbishop Ng memberitah­u anggota gereja gembira dan teruja dengan kunjungan Putera Wales dan

Beliau berkata, beliau menunjukka­n kepada Putera Charles plak memperinga­ti kunjungan Ratu Elizabeth II pada 1989 dan baginda berkata baginda mengingati kunjungan itu. - BERNAMA

 ??  ?? CHARLES beramah mesra bersama anggota gereja ketika melawat St Mary Cathedral.
CHARLES beramah mesra bersama anggota gereja ketika melawat St Mary Cathedral.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia