Harian Metro

70 kanak-kanak sambut ketibaan

-

Kuala Kangsar

Putera Charles, dan isteri baginda, Camilla,

menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Istana Iskandaria­h, Bukit Chandan, di sini, semalam.

Terdahulu, Camilla yang memakai blaus berwarna hijau dan berseluar panjang putih, tiba jam 1.40 tengah hari dan disambut Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Putera Charles yang juga pewaris takhta Britain, tiba kira-kira sejam 20 minit kemudian dengan menaiki helikopter selepas mengunjung­i Suruhanjay­a Perkuburan Perang Komanwel (CWGC) di Tanah Perkuburan Taiping di sini, semalam.

Semasa pertemuan kira-kira 30 minit di Bilik Menghadap, Istana Iskandaria­h itu, Sultan Nazrin turut meraikan pasangan diraja itu dalam sesi minum petang.

Lawatan rasmi pertama Putera Charles dan Camilla ke Malaysia adalah sebahagian daripada lawatan pasangan diraja itu ke Asia yang turut merangkumi Singapura dan India mulai 30 Oktober hingga 9 November.

Sebelum ini, beberapa kerabat diraja British pernah mengunjung­i Malaysia termasuk Ratu Elizabeth II dan Duke of Edinburgh yang menghadiri pembukaan rasmi Sukan Komanwel Ke-16 di Kuala Lumpur pada 1998 dan lawatan Putera William dan Kate Middleton, iaitu Duke and Duchess of Cambridge, pada September 2012. – BERNAMA Hujan tidak mematahkan semangat kanak-kanak yang sabar menanti ketibaan Camilla, di Rumah Kebajikan Kanak-kanak Lighthouse di Bangsar, di sini.

Wajah 70 kanak-kanak kurang bernasib baik itu berubah ceria sebaik sahaja baginda tiba jam 11.05 pagi dengan berpakaian hijau pudina dan putih dengan memegang payung.

Ketibaan Camilla disambut pengetua Lighthouse, Steven Silvaraju dan Jacinta Steven.

Baginda kemudian mendengar taklimat mengenai

(TLFP), sebuah badan bukan berasaskan keuntungan, daripada pengasasny­a Suzanne Mooney sebelum bertemu dengan benefisiar­i rumah

Pewaris takhta Britain menghadap Sultan Nazrin selepas mengunjung­i perkuburan

perang Taiping

kebajikan itu.

itu

bermesra dengan kanak-kanak berkenaan dan membabitka­n diri dalam beberapa aktiviti bersama sebelum menghidang­kan makan tengah hari berupa nasi putih, kari ayam dan kobis goreng.

Mooney yang ditemui berkata, Lighthouse adalah satu daripada 50 badan kebajikan yang disokong TLFP di Lembah Klang.

TLFP mengumpul makanan dari pasar raya dan pengilang di seluruh negara sebelum mengedarka­nnya kepada mereka yang memerlukan.

“Baginda memberitah­u saya bahawa beliau sangat kagum dan teruja dengan inisiatif yang diambil Malaysia,” katanya.

 ??  ?? CHARLES beramah mesra bersama kanak-kanak ketika melawat St Mary Cathedral.
CHARLES dan Camilla menyertai upacara di gereja. CHARLES meletakkan kalungan bunga di Suruhanjay­a Perkuburan Perang Komanwel.
CHARLES beramah mesra bersama kanak-kanak ketika melawat St Mary Cathedral. CHARLES dan Camilla menyertai upacara di gereja. CHARLES meletakkan kalungan bunga di Suruhanjay­a Perkuburan Perang Komanwel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia