Harian Metro

Budak hilang ditemui di blok kosong

-

Selepas 12 jam hilang, kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun ditemui selamat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sini, pagi semalam.

Nur Dania Qistina Mohd Nafi, 7, ditemui penduduk di blok tidak berpenghun­i jam 11 pagi selepas dilaporkan hilang sejak jam 11 malam kelmarin ketika bermain sendirian di gelanggang futsal perumahan itu.

Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Gua Musang 1 itu ditemui 30 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang dalam keadaan lemah dan ketakutan selain tidak mampu menjawab pertanyaan ahli keluargany­a.

Neneknya, Tuan Sharifah Hanisa Syed Ali, 53, bersyukur cucunya ditemui selamat di tingkat bawah blok tidak berpenghun­i itu.

“Saya tidak tahu apa berlaku terhadap cucu kerana dia seolah-olah dalam keadaan takut dan mahu melarikan diri.

“Malah, ketika penduduk menjumpain­ya, dia cuba lari sebelum dipeluk penduduk kampung. Ketika itu baru dia tenang,” katanya di rumahnya di sini, semalam.

Menurutnya, ketika kejadian ibu Nur Dania Qistina, Wan Nurhafiza Wan Hassan, 32, berniaga di kedai makan dan menjadi kebiasaan dia menjaga cucunya itu.

“Sebelum kejadian, saya dan cucu keluar makan roti canai dekat rumah dan ketika dalam perjalanan pulang jam 9 malam, Nur Dania Qistina ingin bermain di taman rumah.

“Tapi, jam 11 malam, saya bimbang dan turun melihat cucu saya, namun ketika itu Nur Dania Qistina sudah tiada,” katanya.

Tuan Sharifah Hanisa berkata, dia memaklumka­n kepada penduduk sebelum operasi mencari digerakkan dengan bantuan polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

“Sejak malam tadi (kelmarin) kami cari di kawasan berhampira­n termasuk blok kosong itu tapi tidak menemuinya,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia