Harian Metro

IBU BAPA DITANGKAP

- Amrullah Abdul Karim am@hmetro.com.my

Pasangan direman tujuh hari bantu siasatan anak disyaki mati didera

Ibu bapa bayi perempuan berusia setahun yang dipercayai didera sehingga mati Rabu lalu direman tujuh hari mulai semalam sehingga 16 November ini bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superinten­dan Lim Bhak Pai berkata, perintah reman dipohon bagi membantu polis menjalanka­n siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.

“Kedua-duanya yang berusia 21 dan 29 tahun direman mulai semalam (kelmarin) dan setakat ini tiada perkembang­an dalam kes itu,” katanya.

Dalam kejadian jam 12 tengah malam Rabu lalu di Pangsapuri Widuri, mangsa dibawa ibu bapanya ke sebuah klinik swasta kerana tidak sedarkan diri namun pemeriksaa­n mendapati mangsa cedera teruk di kepala.

Bayi itu kemudian dirujuk ke Hospital Sungai Buloh sebelum disahkan meninggal dunia.

Ibu bapa mangsa mendakwa anak mereka ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumah mereka dan ditutup dengan selimut selepas mereka pulang dari kerja.

Bedah siasat mendapati mangsa mengalami luka, lebam serta ada koyakan di kepala.

Kesan lebam dipercayai hentakan pada kepala dan tidak konsisten dengan kecederaan jatuh buaian.

Bayi itu adalah anak kedua daripada dua beradik dengan abang sulungnya berusia dua tahun.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia