Harian Metro

‘Dua kali saya berdepan kejadian kapal karam dalam tempoh setahun’

-

“Tak sangka, dua kali saya berdepan kejadian kapal karam dalam tempoh setahun,” kata Wahyudi, 20, dari Riau, Indonesia antara tujuh anak kapal yang selamat dalam insiden kapal karam di Pantai Tok Jembal, awal pagi semalam.

Dalam kejadian itu, tujuh anak kapal berusia 20 hingga 43 tahun termasuk nakhoda warga Indonesia itu bertarung nyawa apabila kapal muatan kelapa dinaiki bocor dan dimasuki air sebelum hancur dipukul ombak.

Difahamkan, kapal sepanjang 27 meter yang membawa 200,000 biji kelapa seberat 180 tan dalam perjalanan dari Pelabuhan Tembilahan, Riau menuju ke Narathiwat, Thailand.

Akibat kejadian itu, puluhan ribu kelapa yang dibawa bertaburan di pantai berkenaan sebelum penduduk berdekatan datang membantu memungut kelapa yang dihanyutka­n.

Menurut Wahyudi, kejadian itu kali kedua berlaku kepadanya selepas kejadian serupa terjadi di perairan Riau pada tahun lalu.

“Sebetulnya saya tidak cemas kerana sudah dua kali menempuh kejadian seperti ini tetapi berasa amat bersyukur kerana tiada nyawa yang terkorban,” katanya.

Menurutnya, mereka menyedari kebocoran di bahagian bawah kapal berkenaan jam 2 pagi.

“Kami bertolak dari Riau pada Khamis lalu tetapi sebaik tiba di perairan negara ini, kapal mulai bocor dan kami cuba mencari tempat terdekat untuk berlabuh tetapi malangnya tidak sempat tiba,” katanya.

 ??  ?? BUAH kelapa yang dapat diselamatk­an daripada kapal kargo dari Riau, Indonesia dilonggokk­an di Pantai Tok Jambal, semalam.
BUAH kelapa yang dapat diselamatk­an daripada kapal kargo dari Riau, Indonesia dilonggokk­an di Pantai Tok Jambal, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia