Harian Metro

NEKAD BUAT ADUAN

-

Lelaki lapor AADK tidak tahan perbuatan adik ancam keluarga

“Saya dah tak tahan lihat mak dan ayah setiap hari diugut, dimaki malah diancam untuk dicederaka­n sekiranya tidak menunaikan permintaan­nya. Jadi saya ambil keputusan untuk buat laporan supaya dia ditangkap,” kata Norhisham Zali, 36, abang kepada penagih dadah yang ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Pahang, semalam.

Norhisham mengambil tindakan nekad dengan membuat aduan kepada AADK selepas tidak tahan dengan perbuatan adiknya yang sering mengancam keluarga mereka sekiranya tidak dapat membeli dadah.

Katanya, sikap adik lelakinya yang berusia 31 tahun itu mula berubah selepas berhenti kerja tiga bulan lalu dan bergaul dengan rakannya yang dipercayai turut menagih dadah.

“Mak saya beritahu dia minta duit setiap hari, tak dapat RM50, RM15 pun dia nak juga, asalkan dia dapat beli dadah. Jika mak tak beri duit, dia mengamuk dan memecahkan barang di dalam rumah dan mengambil senjata tajam untuk mencederak­an mak.

“Ada ketika mak dan ayah sampai takut nak balik rumah dan tidur di rumah saya apabila dia ada di rumah,” katanya kepada media, semalam.

Norhisham berkata, dia pernah beberapa kali menasihatk­an adiknya supaya berubah dan mencari kerja namun tidak diendahkan, malah dia turut diherdik lelaki itu supaya menjaga halnya sendiri.

Tidak tahan dengan tindakan kurang ajar dan agresif adiknya, Norhisham tekad melaporkan perkara itu kepada AADK minggu lalu untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Penolong Pengarah Penguatkua­saan dan Keselamata­n AADK Pahang Rizal Seaat berkata, bertindak atas maklumat yang diterima, pihaknya menyerbu rumah lelaki berkenaan di Chendor, semalam dan menahan lelaki terbabit.

Ketika pihaknya tiba, lelaki terbabit berada di dalam tandas dan terpaksa menunggu beberapa minit sebelum anak ketiga daripada empat beradik itu ditangkap.

 ??  ??
 ??  ?? NORHISHAM menceritak­an kepada wartawan mengenai tindakan adiknya yang sering mengugut ibu bapanya. Gambar kecil, antara senjata ditemui dalam bilik penagih terbabit.
NORHISHAM menceritak­an kepada wartawan mengenai tindakan adiknya yang sering mengugut ibu bapanya. Gambar kecil, antara senjata ditemui dalam bilik penagih terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia