Harian Metro

CENDOL MERAH JAMBU

- Aizat Sharif mohd.aizat@hmetro.com.my

Kreativiti pemilik Warong Hijrah, Mohd Lokman Omar, 24, di Air Hitam, di sini, menyajikan cendol merah jambu menyebabka­n warungnya semakin popular dan dikunjungi ramai pelanggan.

Menurut Mohd Lokman Omar, 24, lazimnya cendol yang dijual di pasaran berwarna hijau, namun dia mendapat idea untuk menyajikan cendol merah jambu sebagai kelainan dan tidak menyangka ia menjadi popular.

Anak kedua daripada tiga beradik berasal dari Sungai Korok, Jitra, itu berkata, dia berbangga mewarisi perniagaan keluargany­a sehingga terfikir membuat pembaharua­n dalam menu yang dijual di warung itu.

“Di sini, menu yang menjadi tarikan pelanggan adalah bihun sup serta cendol dan apabila saya memulakan operasi di warung ini, saya hanya menjual bihun sup serta cendol berwarna hijau.

“Namun, apabila saya memantau serta meninjau di gerai lain, ramai menjual cendol berwarna hijau dan saya terfikir satu pembaharua­n untuk menarik lebih ramai pelanggan datang ke warung saya.

“Sebelum ini, cendol hijau yang saya gunakan adalah berperisa pandan dan apabila melihat pengedar cendol saya ada menjual cendol berwarna merah jambu, saya terfikir untuk mempelbaga­ikannya dalam set menu yang dijual di warung,” katanya ditemui di warungnya yang terletak di jalan Pekan Air Hitam, Jalan Kangar-Alor Setar.

Mohd Lokman berkata, apabila menyediaka­n cendol berwarna merah jambu itu, ramai bertanya mengenai rasanya.

“Sebenarnya, ia sama seperti rasa cendol hijau pandan itu, cuma warnanya yang menarik minat orang ramai untuk mencubanya.

“Saya juga mencampurk­an sekali cendol hijau serta merah jambu itu dalam satu hidangan cendol dan ramai pelanggan yang datang ke warung saya akan memesan cendol campuran ini,” katanya.

Dia berkata, sebagai variasi kepada menu cendol dia turut memperkena­lkan hidangan iaitu cendol hijau dan merah jambu itu diletakkan hiasan krim putar serta kacang.

“Di gerai ini, cendol biasa dijual RM2.50 manakala

RM5 dan saya dapati pelanggan yang singgah di sini pasti setidak-tidaknya memesan cendol biasa untuk dinikmati,” katanya.

Pemilik Warong Hijrah cipta kelainan tarik ramai pelanggan

 ??  ?? MOH D Lo kman menyediaka­n bihun sup untuk pelanggan. H I DANGAN is t imew a cendol merah jambu yang dijual di Warong Hijrah.
MOH D Lo kman menyediaka­n bihun sup untuk pelanggan. H I DANGAN is t imew a cendol merah jambu yang dijual di Warong Hijrah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia