Harian Metro

CITA RASA 60-AN

- Sabaruddin Abd Ghani am@hmetro.com.my

 Pengusaha ikan pekasam raih pendapatan RM4,500 sebulan

“Saya usahakan perniagaan ikan pekasam ini hanya dengan modal RM400. Alhamdulil­lah, semakin hari permintaan terhadap ikan pekasam ini makin baik hingga mampu memperoleh RM4,500 sebulan,” kata peneroka, Ramli Yahaya, 60, dari Tanah Rancangan FELDA Teloi Timur, dekat sini.

Kejayaan itu hasil perancanga­n serta strategi pemasaran dibuat peneroka generasi pertama itu hingga kini tidak menang tangan memenuhi permintaan pelanggan yang menggemari ikan pekasam buatannya.

Menurut Ramli, perusahaan itu diwarisi turun temurun dari arwah neneknya, Che Ni Tahar yang juga pengasas perusahaan berkenaan pada 1964.

“Saya berusaha meneruskan perusahaan ikan pekasam ini agar kesinambun­gan populariti­nya pada era 60-an yang diusahakan arwah nenek dapat dikekalkan.

“Mengambil sempena perusahaan ini dibuat pada era 60-an, saya meletakkan jenama perusahaan ikan pekasam Warisan 60-an yang diharap menjadi kegemaran orang ramai sampai bila-bila,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Ikan pekasam ciptaan bapa kepada empat anak itu mendapat sambutan menggalakk­an kerana bekalan ikan segar air tawar seperti sebarau, tereboi, teperas, lampam dan ikan pucuk pisang diperoleh daripada pembekal di Gerik, Perak dan Sik.

Berpanduka­n ramuan asal yang dibuat arwah neneknya iaitu garam, serbok beras (beras yang ditumbuk hancur) dan air, ikan pekasam keluaran peneroka terbabit dibungkus dalam tiga jenis bungkusan plastik yang dijual mengikut saiz ikan iaitu RM3, RM5 dan RM10 sebungkus (mengandung­i dua atau tiga ikan bersaiz sebesar empat jari orang dewasa).

Mengenai pasaran, Ramli berkata, buat masa ini ikan pekasam Warisan 60-an mendapat pasaran baik di Sik, Kuala Ketil, Sungai Petani dan Pulau Pinang selain dijual secara dari rumah ke rumah di kawasan tanah rancangan berkenaan.

“Ikan pekasam Warisan 60-an boleh dimakan semua lapisan usia termasuk mereka yang menghidap darah tinggi kerana ia dibuat dengan mengambil kira aspek kesihatan iaitu mengurangk­an masin.

“Selain digoreng untuk dimakan dengan nasi, lemang, ketupat dan pulut, ikan pekasam buatan saya juga boleh dibuat masakan gulai lemak yang menggunaka­n daun kunyit sebagai bahan penyedapny­a,”katanya.

Sementara itu, isterinya, Fadzilah Arifin, 48, berkata, proses membuat ikan pekasam agak rumit iaitu ikan yang digunakan perlu dibuangkan sisik dan organ dalamannya sebelum dibasuh cuci.

“Bayangkan sebanyak 200 kilogram (kg) ikan jenis bersisik perlu diproses, termasuk membuang sisik dan organ dalamannya sebelum diperam untuk dijadikan ikan pekasam.

“Namun, kami bersyukur kerana dengan hasil pendapatan mengusahak­an perusahaan ini, ia dapat menyara kami sekeluarga anak beranak, di samping sumber pendapatan sedia ada iaitu menoreh getah,”katanya.

 ??  ?? RAMLI dan Fadzilah menunjukka­n ikan pekasam keluaran mereka.
RAMLI dan Fadzilah menunjukka­n ikan pekasam keluaran mereka.
 ??  ?? IKAN pekasam keluaran Warisan 60-an.
IKAN pekasam keluaran Warisan 60-an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia