Harian Metro

Jerai Geopark simpan sejarah bumi

-

kepada

Alor Setar: Kerajaan negeri menyokong usaha dijalankan pihak Gunung Jerai Botanical Park dalam memulihara pelbagai spesies orkid dari seluruh dunia termasuk yang ada di Gunung Jerai daripada pupus.

Pengerusi Jawatankua­sa Agama, Pelanconga­n dan Warisan dan Kerja Raya negeri Datuk Mohd Rawi Abd Hamid berkata, Gunung Jerai yang dijadikan Jerai Geopark banyak menyimpan sejarah bumi Malaysia termasuk batuan berusia lebih 500 juta tahun selain banyak keunikan lain termasuk orkid.

“Keadaan puncak Gunung Jerai yang sejuk dan bentuk muka buminya menjadi tempat sesuai untuk pemulihara­an spesies orkid ini.

“Malah saya bersama Sultan Kedah Tuanku Sallehuddi­n Sultan Badlishah sebelum ini pernah melawat ke

Gunung Jerai kaya flora fauna saji pengalaman unik kepada pendaki

Gunung Jerai Botanical Park dan melihat sendiri bagaimana pihak terbabit melakukan usaha memulihara spesies orkid yang unik ini,” katanya.

Mohd Rawi berkata, kerajaan negeri akan menyalurka­n dana tambahan untuk memperkasa dan membantu usaha pemulihara­an berkenaan.

“Saya sudah mengusulka­n permohonan dana tambahan selepas mengadakan lawatan sebelum ini bagi fasa kedua Gunung Jerai Botanical Park yang ditubuhkan beberapa tahun lalu. “Peruntukan dana ini melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri Kedah (UPEN), saya mengusulka­nnya dan berharap dana itu dapat membantu usaha memulihara spesies flora di Gunung Jerai.

“Hal ini kerana secara tidak langsung ia juga akan menarik tumpuan pelancong dan menjadi antara produk pelanconga­n di negeri ini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ?? Mohamad Firdaus Mohamad ?? GUNUNG Jerai miliki spesies jarang ditemui termasuk enggang badak. Selain itu, saya bersama sekumpulan pendaki pernah beberapa kali melihat burung Enggang Badak ketika melakukan aktiviti pendakian”
Mohamad Firdaus Mohamad GUNUNG Jerai miliki spesies jarang ditemui termasuk enggang badak. Selain itu, saya bersama sekumpulan pendaki pernah beberapa kali melihat burung Enggang Badak ketika melakukan aktiviti pendakian”
 ??  ?? MOHD Rawi
MOHD Rawi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia