Harian Metro

TERBENGKAL­AI 10 TAHUN

-

Dia berkata, rumah teres dua tingkat berkenaan yang bakal dibina di Gombak, Selangor dijual pada harga RM120,000 sekali gus menarik minatnya untuk memiliki kediaman pertama.

“Ketika itu, rumah teres dua tingkat berharga RM120,000 memang murah dengan pelbagai kemudahan yang disediakan pemaju seperti surau, rumah kedai dan taman permainan.

“Selain itu, kedudukan rumah berhampira­n tempat kerja saya iaitu di Selayang, Selangor, selain diberi kemudahan menguruska­n pinjaman kepada pembeli,” katanya.

Nurul berkata, tertarik dengan tawaran itu, dia terus mengeluark­an simpanan RM20,000 pada keesokan harinya untuk membayar wang pendahulua­n.

“Saya tidak terfikir untuk memeriksa rekod syarikat pemaju sama ada mempunyai masalah atau tidak kerana bagi saya ketika itu apa yang penting memiliki kediaman sendiri.

“Pada ketika itu, semuanya berjalan lancar dan harga yang ditawarkan adalah kepada individu menempah awal sebelum harganya meningkat RM160,000,” katanya.

Menurut Nurul, pada peringkat awal rumah berkenaan dibina mengikut jadual dan pembinaann­ya tidak menghadapi sebarang masalah.

“Namun, setahun kemudian proses pembinaann­ya mula perlahan dan keadaan menjadi lebih teruk apabila pemaju tibatiba menghilang­kan diri dan kediaman itu terbengkal­ai.

“Bank pula sudah mula meminta pembeli membuat bayaran penuh iaitu kira-kira RM700 sebulan walaupun rumah belum siap seperti sepatutnya pada awal 2009,” katanya.

Katanya, dia bersama beberapa penghuni lain menubuhkan kumpulan untuk mengesan pemaju berkenaan, namun mereka menerima maklumat dia sudah muflis manakala pemiliknya melarikan diri.

“Sehingga kini, rumah berkenaan masih terbengkal­ai dan segala usaha termasuk mengadu kepada pihak berkaitan dibuat namun tiada jalan penyelesai­an.

“Kejadian itu mengajar saya supaya lebih berhati-hati membeli rumah dan hanya memilih pemaju dipercayai atau mempunyai sejarah yang baik,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia