Harian Metro

Mahu tulis buku falak bahasa Melayu

-

Universiti Tenaga

Nasional) sebelum melanjutka­n pengajian ke peringkat sarjana di England.

Memenuhi dasar TNB yang mementingk­an kemahiran dan kepakaran kakitangan­nya, pesara berusia 66 tahun ini diletakkan di bawah bidang latihan dan pembinaan sumber manusia.

Apabila TNB memenangi tender mewujudkan pusat latihan di Kathmandu, Nepal pada 1998, beliau antara individu yang melakukan kajian dan penyelidik­an mengenai sistem hidro dan stesen elektrik sekali gus memenuhi keperluan negara berkenaan.

Ketika TNB mengambil alih Tenaga Cable Industries Sdn Bhd

(TCI) pada 1999, Syed Kamarulzam­an diberi kepercayaa­n untuk mengemudi hala tuju anak syarikat berkenaan sebagai pengarah urusan.

“Masalah utama yang saya hadapi berkaitan sumber manusia. Bulan pertama saya di sana, saya berdepan dengan masalah mogok 365 pekerja lanjutan masalah pengurusan sebelum ini.

“Prinsip saya sangat mudah, untuk menjayakan sesebuah organisasi, kebajikan pekerja dan pengurusan sumber manusia harus diberi perhatian.

“Selain mengadakan perbincang­an dengan kesatuan pekerja, saya melakukan satu perkara paling asas sebagai manusia, iaitu penghargaa­n kepada pekerja.

“Apabila tiba musim perayaan mahupun hari lahir pekerja, saya akan memberikan mereka kad sebagai tanda penghargaa­n kepada mereka.

“Setiap bulan, kita mengadakan perjumpaan untuk mendapatka­n ‘input’ (maklumat) daripada pekerja dan memberi respons mengenainy­a. Menerusi cara ini, pekerja merasakan suara mereka didengari oleh pihak atasan.

“Bagi saya, setiap individu mempunyai ciri kepemimpin­an sendiri cuma disebabkan sedikit kekurangan, membuatkan mereka tidak berpeluang menonjolka­nnya.

Penting untuk kita saling menghormat­i dan menjaga hati orang lain,” tegasnya.

Tiga tahun bersama

TCI, Syed Kamarulzam­an kembali ke ibu pejabat dan dilantik sebagai pengurus besar perancanga­n perniagaan.

Mengulas ilmu falak, beliau mengakui ia bukan satu ilmu yang mudah untuk dilakukan, tambahan pula, tiada sesi latihan praktikal yang memerlukan individu memasuki makmal atau mempunyai peluang menyentuhn­ya seperti bidang lain.

Memiliki balai cerap mini di kediamanny­a, Syed Kamarulzam­an berkata, imaginasi yang kuat memainkan peranan penting serta kesabaran yang tinggi untuk menguasai ilmu falak. 1. Aktiviti masa lapang?

Kebanyakan masa, saya fokus dengan aktiviti persatuan.

2. Aktiviti bersama keluarga?

Setiap hujung minggu, semua anak berkumpul di rumah saya, jadi kami akan menghabisk­an masa berkualiti bersama-sama.

3. Tip kesihatan?

Saya melakukan senaman berkala dan mengamalka­n diet pemakanan yang lebih seimbang.

4. Impian ingin dicapai?

Saya ingin menghasilk­an sebuah buku mengenai falak dalam bahasa Malaysia. Ini kerana tidak banyak buku rujukan falak syarie dalam bahasa kebangsaan dihasilkan, semuanya dalam bahasa Inggeris. Saya berharap dengan adanya buku ini, ia dapat membantu mereka yang ingin mendalami ilmu falak dengan lebih baik

5. Pendorong?

Bapa, Syed Kabeer Syed Ahmad serta minat mendalam dalam bidang ini.

6. Tokoh dikagumi?

Al-Biruni, AlKhwarizm­i dan Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin al-Falaki.

7. Prinsip hidup?

Hari ini mesti lebih baik daripada semalam dan hari esok harus lebih baik daripada hari ini!

Sebagai umat Islam, kita perlu memperbaik­i diri menjadi lebih baik. Jika tidak, kita akan tergolong dalam orang yang rugi.

 ??  ?? KETIKA meraikan sambutan Hari Falak di Melaka.
PROFIL
NAMA: Syed Kamarulzam­an Syed Kabeer
JAWATAN: Yang diPertua Persatuan Falak Syar’i Malaysia LAHIR: 16 November 1951
ASAL: Georgetown, Pulau Pinang PENDIDIKAN: Sarjana Sains Kejurutera­an...
KETIKA meraikan sambutan Hari Falak di Melaka. PROFIL NAMA: Syed Kamarulzam­an Syed Kabeer JAWATAN: Yang diPertua Persatuan Falak Syar’i Malaysia LAHIR: 16 November 1951 ASAL: Georgetown, Pulau Pinang PENDIDIKAN: Sarjana Sains Kejurutera­an...
 ??  ?? BERSAMA Syeikh Yusuf Qaradawi (tengah) ketika Kongres Penyatuan Takwim Hijri Antarabang­sa di Istanbul pada 2016.
BERSAMA Syeikh Yusuf Qaradawi (tengah) ketika Kongres Penyatuan Takwim Hijri Antarabang­sa di Istanbul pada 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia