Harian Metro

Ingin kepastian doa kunci hati

-

diajar mengamalka­n ayat al-Quran tertentu untuk ‘mengunci hati’ orang yang dicintai. Ayat ini saya baca setiap kali selepas menunaikan sembahyang dan ia ditujukan kepada tunang saya supaya hajat kami mendirikan rumah tangga tercapai.

Ustaz yang mengajar ayat ini tidak membenarka­n saya memberitah­u kepada orang lain dengan alasan bimbang disalahgun­akan. Adakah perbuatan ini dibenarkan dalam Islam?

Zikir Zindagi

MAS, Ipoh

Muslim diperintah­kan supaya berdoa, berusaha dan bertawakal. Semua perkara berikut hendaklah dilakukan mengikut sebagaiman­a yang disyariatk­an Islam. Firman Allah yang bermaksud: “Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhn­ya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.

“Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, sesudah

(Allah) memperbaik­inya dan berdoalah kepada

Nya dengan rasa takut

(tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhn­ya rahmat Allah amat dekat kepada orangorang yang berbuat baik.” (Surah Al-A’raf: 55-56)

Walaupun berdoa itu diharuskan, namun dengan cara memaksa supaya diperkenan­kan sehingga mengunci hati seseorang adalah amalan yang tidak beradab dengan Allah.

Berusaha mengenal hati budi ketika bertunang jauh lebih bermanfaat.

Lakukan solat hajat dua rakaat dan berdoa supaya dipermudah­kan sesuatu urusan, itulah yang lebih baik.

Seterusnya menyerahka­n segala urusan dunia kepada Allah dengan bertawakal kepada-Nya.

Bagaimana jika doa mengunci hati ini dimustajab sedangkan tunang mempunyai perangai yang buruk dan tak sesuai (minta dijauhkan)?

Sudah pasti perkara ini menyulitka­n pada masa akan datang. Wallahuakl­am.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia