Harian Metro

HUKUM KAHWIN ADIK IPAR TIRI

-

Apakah hukumnya mengahwini adik ipar tiri seibu tetapi berlainan bapa dengan isteri? Minta ustaz jelaskan hukumnya.

X, Shah Alam

tiga pembahagia­n adikberadi­k tiri. Adik-beradik seibu atau sebapa atau tidak seibu dan tidak sebapa. Adik-beradik seibu sebapa atau sebapa atau seibu tidak boleh dihimpunka­n dalam satu ikatan pernikahan. Mereka adalah mahram sementara.

Firman Allah yang bermaksud: “Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuanp­erempuan yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan anak-anak saudara kamu yang perempuan, dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu, dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak tiri yang dalam pemulihara­an kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraika­n mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya).

“Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu. Dan diharamkan kamu menghimpun­kan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhn­ya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihan­i.” (Surah AnNisa’: 23)

Islam mengharusk­an amalan ‘salin tikar’ iaitu setelah isteri seorang lelaki meninggal maka diharuskan lelaki itu menikahi adik iparnya pula. Begitu juga istilah ‘besan sebantal’ apabila seorang janda yang mempunyai anak dan duda juga mempunyai anak bernikah sesama mereka.

Kesimpulan, tidak boleh berkahwin dengan adik ipar tiri berlainan bapa tetapi seibu atau sebapa berlainan ibu, selagi kakak kepada adik itu masih menjadi isteri. Jika adik-beradik tidak sebapa dan tidak seibu adalah diharuskan. Wallahuakl­am.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia