Harian Metro

Suami terlalu sayang anak gadis

-

berkahwin dengan duda beranak tiga. Masalahnya suami saya terlalu sayangkan anaknya, terutama anak bongsu (perempuan) dengan alasan itulah satu-satunya waris perempuan yang dia ada hingga sanggup menghalau saya dari rumah jika menegur anaknya.

Sebagai ibu tiri, adakah saya wajib mendidik anak, walaupun mereka tidak hormat kepada saya dan apakah hak saya dalam perkahwina­n ini?

SARA, Kuantan

memerlukan kepada kebijaksan­aan dan ilmu. Oleh itu, tugas mulia mempunyai cabaran dan pahala yang besar. Mendidik bergantung mengikut keadaan, masa yang sesuai, tahap pendidikan, cara hidup dan peribadi seseorang.

Ketika berkahwin, pastikan puan mahu membantu menguruska­n rumah tangga suami isteri. Oleh itu, puan bukan hanya menumpukan didikan anak, namun mendidik bapanya juga. Di samping ini, sebenarnya Allah sedang mendidik puan supaya sabar dan istiqamah berusaha.

Rasulullah SAW turut mendidik anak tirinya, sebagaiman­a diriwayatk­an Umar bin Abu Salamah, dia berkata: “Dahulu aku masih anak-anak dalam penjagaan Nabi Muhammad SAW. Saat itu tanganku mencapai makanan dalam piring.

“Maka Rasulullah SAW ‘Wahai anakku, ucapkan bismillah, makanlah dengan tangan kananmu, dan makanlah yang ada di hadapanmu.” (HR AlBukhari & Muslim)

Teruskan usaha puan dan berdoalah dengan bersungguh-sungguh. Semoga Allah Taala mengurniak­an kesabaran, kebijaksan­aan kepada puan untuk mendidik keluarga menjadi keluarga sakinah dan dirahmati Allah. Wallahuakl­am.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia