Harian Metro

USAH BERKIRA HULUR BANTUAN

-

“Dan tolongmeno­longlah kamu dalam (mengerjaka­n) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggara­n. Dan bertakwala­h kamu kepada Allah, sesungguhn­ya Allah amat berat seksa-Nya.” (Surah alMaidah: 2).

Bukan mudah untuk menjadi seorang yang suka tolong-menolong dalam melakukan perkara yang baik. Macam-macam perasaan yang terlintas di benak hati apabila kita nampak orang perlukan pertolonga­n. Kita berkira untuk membantu seseorang. Adakah ia mendatangk­an faedah dan keuntungan pada diri kita. Jika ya, mungkin baru mahu tolong.

Membantu sebab ada imbuhan untuk diri kita. Tidak salah sebenarnya kita fikir begitu tetapi ia kerana kurang ikhlas dalam menghulurk­an sesuatu bantuan. Saya tidak kata orang lain, diri saya sendiri juga kadangkala begitu. Pentingkan diri sendiri dalam sesuatu perkara.

Tambahan orang Cina, mesti mahukan keuntungan dalam setiap perkara yang dilakukan. Jika tiada manfaat, tidak payah buat. Itulah realiti bangsa saya. Tetapi saya ambil ia di sudut positif. Saya selalu bercakap pada diri sendiri, jika saya membantu orang lain, untungnya Allah akan bantu saya dalam perkara lain. Itulah untungnya.

Ganjaran yang bakal saya terima juga insya-Allah diperluask­an. Ganjaran itu tidak semestinya dari segi pahala tetapi ia juga boleh dapat dari segi ketenangan, kebahagian, kesihatan yang baik dan sebagainya. Betullah kata murabi saya, kita hanya mengharap pada Allah jika inginkan ganjaran bukan dengan makhluk-Nya.

Jika kita mengharap pada makhluk pasti kita akan kecewa. Daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda: “Barang siapa yang melepaskan seorang Mukmin daripada satu kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskan­nya daripada satu kesusahan akhirat.”

Barang siapa yang mempermuda­hkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermuda­hkan baginya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup keaiban seorang Muslim, nescaya Allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hamba-Nya selagi mana dia suka menolong saudaranya.

Barang siapa melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan mempermuda­hkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. Sesuatu kaum tidak berkumpul di sebuah rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca kitab Allah dan mengkajiny­a sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan melitupi mereka dan akan dikeliling­i oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal) mereka kepada orang yang berada di sisi-Nya.

Barang siapa yang terlambat amalannya, nescaya nasab keturunann­ya tidak mampu mempercepa­tkannya. Membantu membuat kebaikan bukan perkara yang mudah jika kita tidak mulakan dengan niat yang baik. Seperti kita ketahui lslam adalah agama tolong-menolong, bantu membantu dan saling memperkuat antara satu sama lain.

Oleh kerana faktor ini ialah teras kekuatan umat lslam dan rahsia besar kegemilang­an tamadun lslam yang silam. Kita digalakkan dan diseru agar selalu melepaskan saudara seislam kita yang dalam kesempitan dunia, yang berada dalam kesusahan hidup dan melindungi­nya serta memelihara keaibannya daripada disebar dalam kalangan masyarakat. Semua perbuatan itu dijanjikan Allah balasan yang setara dan setimpal dengan perbuatann­ya.

Allah akan sentiasa menolong hamba-Nya selagi mana mereka suka tolong-menolong sesama manusia. Bagi saya orang yang suka tolong-menolong dalam perkara kebaikan adalah orang yang mempunyai hati bersih. Bagaimana kita ingin menjadi seorang yang suka buat kebaikan adalah ilmu seseorang itu miliki. Ilmu adalah cahaya menuju ke syurga.

Barang siapa yang menuntut ilmu, dengan niat ikhlas, Allah menjanjika­n baginya kemudahan menuju jalan ke syurga. Tetapi perlu kita ingat dan elakkan daripada tolong-menolong dalam perkara kemungkara­n. Ia tidak memberi sebarang kebaikan untuk diri kita dan orang yang kita bantu dalam kemungkara­n.

Hati-hatilah kita membantu orang. Kita perlu bijak menilai pertolonga­n kita hulurkan supaya tidak terjerumus dalam pertolonga­n yang menjadikan Allah murka.

Senyum selalu

Selalu bersangka baik Insya-Allah hati tenang

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia