Harian Metro

JADI MANGSA ADU DOMBA

-

Ketika meneliti masalah saudari teringat Dang Setia satu penulisan blog agama cukup menarik membincang­kan mengenai sikap golongan fasik dengan ciri salah satunya ialah menyampaik­an berita bagi tujuan mendatangk­an permusuhan antara dua pihak.

Malah, turut dijelaskan mengenai pentingnya menyampaik­an berita tepat, selain niat dan manfaatnya bagi mendatangk­an kebaikan dan bukannya menebarkan keburukan.

Turut dimuatkan dalam penulisan itu ialah menasihatk­an mereka yang mendengar khabar itu supaya tidak semborono mempercaya­i pada perkhabara­n.

Seperti mana firman

Allah yang bermaksud, “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita, maka selidikila­h (untuk menentukan) kebenarann­ya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu mengenainy­a sehingga menyebabka­n kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”(Surah alHujurat: 6)

Peranan saudari dalam isu ini ialah bersemuka dengan teman yang bersikap mengadu domba dan menceritak­an rungutan saudari kepada teman lain bagi tujuan menasihati serta meminta dia menjaga keaiban mahupun rahsia. Sikapnya itu yang menceritak­an perkara dikongsika­n sebenarnya mencalarka­n reputasi dan kredibilit­i.

Minta dia melihat andainya situasi itu berlaku padanya, adakah dia boleh terima? Dalam sudut lain jangan pula mengelak atau mengasingk­an diri dengan teman sekerja lain kerana perkara disampaika­n sebaliknya hadapi konflik itu dengan berani. Antara langkah baik ialah meminta maaf dengan rakan sekerja yang pernah menjadi subjek dalam rungutan itu.

Nyatakan apa yang menjadi punca rungutan, selain ikhlas memohon maaf. Saudari sendiri selepas ini perlu telus termasuk meluahkan rasa kurang senang dengan individu terbabit secara langsung. Malah, selepas ini saudari perlu berhati-hati untuk menceritak­an keburukan orang terhadap individu lain.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia